Wednesday, April 1, 2009

DARE TO CHANGE!

Bermuhasabah, menghitung apakah sumbangan yang telah ku berikan untuk Islam.

Ada?

Tiada?

Sedikit?

Banyak?

Membantu Islam atau menyusahkan Islam?

Biarlah jawapan kepada soalan ini aku sediakan kepada Pemeriksaku, Tuhan Rabbul Jalil.

Usai sahaja aku bermusahabah dengan adik dan sahabat baikku sebentar tadi. Banyak isu yang kami perihalkan terutama bagaimana mahu menjadi muslimat hebat! Hm, satu isu yang evergreen tetapi masih lagi tiada ‘contoh hidup’ yang betul-betul menggarap elemen ikon muslimat HEBAT ini!

Mahu menjadi seperti muslimin yang berfikir di luar kotak, mempunyai fikiran yang mencakupi semua aspek dan dapat menyeimbangkan aspek-aspek itu dengan baik, juga mempunyai gaya fikir ‘minda di bawah sedar’ yang aku kira sangat susah untuk memilikinya. Bagaimana ya? Mungkin kami memerlukan satu FORMULA POLA FIKIR daripada para muslimin.

Kami cuba menggali sejarah pada zaman Nabi, kami melihat wujudnya ikon muslimat HEBAT iaitu isteri baginda yang paling dikasihi, Saidatina Aishah r.a. Beliau berjaya menjadi muslimat hebat dengan kecerdikan beliau dan dengan kehebatan beliau sebagai strategist dalam peperangan! Itu adalah salah satu contoh daripada jutaan lagi muslimat hebat yang masih tidak ku gali sejarah mereka.

Kami cuba lagi mencari muslimat HEBAT dalam arus modenisasi sekarang. Kami menemui Senator Mumtaz, satu-satunya Senator wanita dalam Parlimen! Beliau merupakan wanita hebat yang aku kira sangat tepat untuk dicontohi oleh para wanita pada abad ini. Seusia awal 20-an telah membentangkan kertas kerja di dalam conference, berkahwin pada Tahun Kedua pengajiannya di UIAM dan berjaya grad dengan CGPA melebihi 3.5! Seorang ibu, isteri dan pemimpin yang sarat dengan kasih sayang.

Aku masih ingat kata-kata beliau di dalam satu majlis,

“Ibu, ayah, jika ibu dan ayah nak saya bahagiakan ibu dan ayah, saya juga nak bahagiakan beribu-ribu ibu dan ayah di luar sana(masyarakat). Saya mahu memberi pahala kepada ibu dan ayah dengan membahagiakan ribuan ibu dan ayah yang lain.”

Inilah kata-kata dan ucapan beliau kepada kedua ibu dan ayah beliau. Sungguhpun pada ketika itu, beliau meninggalkan ibunya yang sedang menderita sakit, tetapi beliau cuba memahamkan kedua ibu dan ayah beliau, bahawa Senator Mumtaz adalah milik rakyat Malaysia! Masya-Allah, kagum sungguh aku dengan pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh beliau.

Senator Mumtaz, salah seorang ikon muslimat HEBAT di Malaysia dan kita menunggu Senator Mumtaz kedua pula. Siapa?

Kami terus bermuhasabah..

Macam mana ye nak jadi HEBAT? Jealous betul dengan muslimin! Adikku ini cuba induce dan suntik sel-sel neuronku untuk berfikir.

Hm, MEMBACA! Kata saya.

Membaca. Pemimpin-pemimpin hebat membaca, sampai dalam tandas pun membaca! Tetapi gaya membaca mereka tidak sama dengan orang-orang biasa membaca. Adakah dengan membaca word by word? Atau hanya scanning dan scheming? Barack Obama juga boleh membaca lebih daripada 10 buah buku sehari! Aku tertarik dengan tajuk blog suami sahabatku; Read! You will Conquer the World! Budaya membaca yang tidak pernah pudar ini ku lihat ada pada mereka, tahniah!

Sedang asyik kami berfikir apakah lagi elemen-elemen untuk memantapkan gaya fikir, adikku sempat bertanya senior beliau, juga muslimin hebat =)..”Membaca sahaja tidak cukup! Perlu brainstorm dan berfikir secara logika dan emosional” kata beliau. Alamak, apa tu berfikir secara logika dan emosional? Kami tak faham..huhu..

Mahu menjadi HEBAT? Aku kira semua orang mampu menjadi HEBAT! Samada MAHU atau tidak sahaja.

Aku berazam untuk implementasikan 3K; formula yang baru sahaja tercetus di mindaku sebentar tadi.

K – Kreatif
K- Kritis
K- Kesungguhan

Penggarapan elemen-elemen Kreatif dan Kritis ini ku kira merupakan satu cabaran besar bagiku. Perlu siri-siri latihan dan modul-modul yang boleh membuatkan otak kita cerdas dan pantas berfikir. Menjadi seorang strategist amat ku impikan tetapi jalan-jalan ke arah ‘Ulul Absar’ ini masih perlu ku terokai dan tempuhi..

Kesungguhan! Bagiku kesungguhan merupakan elemen utama yang menentukan keberjayaan sesuatu perkara. Tanpa kesungguhan dan itqan, tiada ertinya. Allah juga sukakan hamba-Nya yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pekerjaan mereka dan Allah mengukur kesungguhan kita bukannya hasil kita.

Dare To Change! Amat susah untuk berubah tetapi jika kita sudah memulakan PERUBAHAN itu, insya-Allah Allah pasti bersama kita. Jom menjadi muslimat luar biasa dan mewajibkan diri dengan MEMBACA kerana membaca bukan lagi satu hobi tetapi satu KEWAJIPAN untuk dilunasi!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d:11]

No comments:

;