Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Takbir, tahmid, tasbih memuji Yang Maha Esa bergema lagi pada ketika terbenamnya matahari 30 Ramadhan 1429H tahun ini..
Sebak. Sayu. Sedih. Insaf. Syukur. Dan pelbagai lagi rasa yang tak terungkap oleh diri ini.
Sedih, sebab Ramadhan dah pergi, dah tak jadi tetamu dalam bulan yang paling mulia ini..
Syukur, Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.
Insaf kerana Ramadhan inilah meninggalkan pelbagai kenangan suka duka dalam diari hidupku setelah lebih 2 dekad menjadi hamba-Nya di atas dunia ini. Seorang demi seorang sahabat-sahabat dunia akhiratku dijemput Allah dalam fatrah yang ku kira sangat singkat ini.
Allahu Rabbi, kematian 'husnul khatimah' adalah dambaan kami..Engkau matikanlah kami dalam iman, dalam kematian yang diakhiri dengan La ilaha illallah..
"Beruntungnya engkau sahabat, pemergianmu sangat dirasai, berduyun-duyun orang yang hadir untuk menyembahyangkanmu, menziarahimu buat kali terakhir..
Tersenyum redha ayahanda dan bondamu kerana mereka telah memulangkanmu kepada Yang Haq dengan pulangan yang paling baik, yang tiada cacat cela seperti sejuknya perut ibumu mengandungkanmu,sahabat..
Kiranya aku dan sahabat-sahabatmu yang lain ingin sekali menjejak langkahmu, ingin bersamamu di sana..engkau tunggu kami ya sahabat..
Mujahidah Hajar, semoga engkau tenang di sana, tidak akan putus doa kami buatmu..
Ya Allah, Engkau cucurilah rahmat-Mu ke atas sahabat kami, Amin.."
Ramadhan yang sama, NATIJAH yang berbeza. Ya, berbeza. Berbeza benar natijah Ramadhan kali ini. Terima kasih Ya Tuhan kerana menyedarkanku yang sering leka dan lalai ini. Natijahnya hanya Engkau yang dapat menilai ya Tuhan, tetapi aku cukup terkesan di dalam madrasah Ramadhan kali ini. Serasa tidak mahu aku berpisah dengan Ramadhan Ya Tuhan..Akan tetapi, masa tetap jua berlalu. Ingin aku berhentikan masa, tak boleh. Kerana itu, banyak sekali ayat-ayatMu yang bermula dengan masa. Wal-'Asr. Wadh-Dhuha. Tetapi kami, manusia yang hina dina ini masih terus leka, terus alpa, tak sedar yang masa semakin memotong usia kami..Astaghfirullah, ampunkan kami Ya Allah..
1 Syawal kali ini..
Aku sambut dengan penuh kesyukuran, dengan penuh keinsafan, atas kesedaran sebagai hamba kepada-Mu Tuhan..
Buat sahabat-sahabatku dunia akhirat, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan buat kalian yang hadir bak cahaya dalam hidupku. Kalian adalah ANUGERAH Tuhan yang tidak ternilai kepadaku. Sahabat yang baik adalah sahabat yang dapat mengingatkanku kepada Tuhan.. Alhamdulillah, ternyata kalianlah sahabat-sahabat yang aku cari..Ku doa semoga Allah sentiasa menetapkan hati-hati kita atas jalan dakwah ini dan semoga Allah mengeratkan ukhuwwah kita sehingga kita berjumpa di sana. Amin.
Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam keimanan, semoga bisa ku temu lagi Ramadhan..
No comments:
Post a Comment