Thursday, August 6, 2009

Leading The Change

Minta maaf kepada semua pengunjung Dagang Hamba. Dagang Hamba mengalami sedikit masalah construction. Jadi saya menjemput anda ke blog saya yang kedua, "Leading The Change". Terima kasih atas sokongan.

~'Ish 'Azizan Aw Mut Syahidan~

Tuesday, July 7, 2009

Suara Siswa; Platform Bijak Mahasiswa Berbicara

Juliana's Members; Qurratul 'Aini (sumbangan NinegenStudio)

Selepas Maghrib tadi, Dedek menelefon ibuku. Dedek, adikku yang keempat ini baru sahaja mendaftar di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) dan mengambil jurusan Keusahawanan Kejuruteraan. Dia begitu bersemangat menyuruh kami sekeluarga menonton Suara Siswa malam ini. Rupa-rupanya dia dan rakan sekursusnya masuk TV! Patutlah beriya-iya benar, huhu..

Suara Siswa malam ini
mainly membincangkan tentang CEO dan sangat bersesuaian dengan kursus adikku ini. Hm, 6, 7 kali kamera fokus kat dia, adik-adikku yang lain excited betul bila tengok Dedek masuk TV! Takpa lah, sekali sekala merasa nak masuk TV, apa salahnya..

Dr Fazley sebagai pengacara Suara Siswa begitu petah sekali mengemudi pentas Suara Siswa malam ini. Dua orang wakil MPP dari UUM dan USM dijemput untuk memberikan hujah dan idea-idea mereka kali ini. Menarik sekali tajuk yang dibincangkan pada siri kali ini. Walaupun tajuknya memfokus kepada peranan CEO dalam sesebuah organisasi tetapi peranannya turut dikaitkan dengan mahasiswa.


Audien yang hadir mengajukan soalan-soalan yang bagiku cukup matang dan bernas. Tahniah! Antara soalan-soalan yang sempat ku ingati adalah bagaimana peranan MPP dalam membantu rakan-rakan yang lain untuk menguasai ilmu Public Speaking dengan baik dan dapat berperanan seperti seorang CEO? 4 flat pada akhir pengajian tidak menjamin seseorang mahasiswa untuk berperanan sebagai seorang CEO yang baik jika ilmu Public Speaking tidak dikuasai.


Wakil MPP UUM, saudara Saifuddin jika tidak salahku, menjawab soalan yang dikemukakan dengan menekankan elemen 'autonomi kendiri' yang perlu ada dalam setiap individu mahasiswa itu sendiri. Universiti adalah platform terbaik untuk mahasiswa melatih dan mencipta multiskill yang 'wajib' mereka miliki seperti pengucapan awam dan menulis artikel. Jika platform yang baik sudah tersedia tetapi autonomi kendiri tidak dibina oleh mahasiswa, maka skill-skill itu masih tidak dapat dikuasai oleh mereka. Disebabkan itu akan wujudlah lambakan mahasiswa yang hanya cemerlang dari sudut akademik tetapi amat lemah dari sudut interpersonal skill.


Banyak lagi isu menarik yang dibincangkan tadi tetapi aku hanya menonton sekejap sahaja. Sekarang ini aku dalam fatrah untuk menyiapkan report praktikalku. Semoga Allah membantuku dan juga rakan-rakanku yang lain. Semester baru 2009/2010 akan bermula tidak berapa hari sahaja lagi. Azamku untuk lebih fokus dalam studi dan amal Islamiku!


Kenangan bersama Kak Azian dan rakan-rakan praktikal

Menerima hadiah daripada Pengurus BR Jitra semasa Jamuan Hari Perpisahan

Juliana_07July09

Wednesday, July 1, 2009

Catatan Akhir Pasca Praktikal

Terlalu lama aku membiarkan blogku bersawang..Maafkan aku. Banyak yang ingin dicoretkan sebenarnya tambahan dengan isu semasa yang semakin memberat di akal fikiranku. Sebelum aku mengulas mengenai isu kemahasiswaan, muslimat hebat, H1N1, kematian MJ, terkini PRK Manik Urai, Kongres Rejuvenasi anjuran GAMIS dll pada entri-entri akan datang, insya-Allah, ingin sekali aku mencoret rakaman apresiasi kepada insan-insan yang terlalu banyak menabur kebaikan dan budi sepanjang pasca praktikalku di bumi Bank Rakyat Jitra (20 Apr 09- 30 Jun 09).

Alhamdulillah, akhirnya secara rasmi aku sudah 'grad' dari zaman praktikal yang ku rasakan amat singkat (2 bulan setengah) di Bank Rakyat Jitra. Suka dan duka sepanjang aku berpraktikal di sana biarlah menjadi kenang-kenanganku dan pelajaran terindah dalam permulaan hidupku di sana akan ku aplikasikan apabila aku mula bekerja nanti, insya-Allah..

Mengenali seluruh warga kerja BR Jitra ini amat-amat menggembirakan aku. Alhamdulillah mereka adalah 'hadiah' istimewa dari Allah untukku tika aku sebagai orang asing diterima dengan sangat baik sebagai ahli keluarga mereka. Aku mengakui kata-kata Pengurus BR Jitra tika aku mula-mula berpraktikal di sana, "...ciptalah kenangan indah dengan mereka.." dan aku telah menciptanya! Syukran Allah..

Sebahagian warga kerja Bank rakyat Jitra bergambar kenangan pada Dinner BR 09

Aku belajar erti kehidupan daripada mereka. Sangat seronok berborak dengan mereka, orang yang lebih lama merasai asam garam kehidupan, insan yang telah melalui mehnah dan cabaran yang lebih awal dariku. Sudah tentu kita sebagai generasi bawah ini perlu belajar daripada mereka. Soal mereka itu memiliki degree atau tidak bukanlah satu ukuran. Malah aku begitu kagum dengan mereka, walau tidak memiliki segulung ijazah, tetapi mereka sangat kuat bekerja, sangat rapi dan tersusun gerak kerja mereka, sangat berdisiplin dan tidak membuang masa. Masya-Allah, semoga mereka terus diberikan kekuatan oleh-Nya dalam menempuh kehidupan ini sebelum dijemput Tuhan.

Tersentuh hatiku, mereka sangat meraikan kehadiranku dan sesiapa sahaja yang berpraktikal di sana. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah berpraktikal di BR Jitra ini, pasti akan merasai kegembiraan seperti yang aku rasa. Sehari sebelum hari akhir praktikalku, mereka mengadakan farewell ringkas untukku. Ketika aku diminta untuk berucap, tidak terucap rasa terima kasihku kepada mereka. Syukran Allah!

Tribute untuk warga kerja BR Jitra! Semoga Allah terus melimpahkan keberkatan dan kemudahan dalam gerak kerja antum! Insya-Allah segala ilmu dan pelajaran yang diperoleh akan ku gunakan sebagai bekalan dalam menempuh alam pekerjaan satu hari nanti, insya-Allah..
Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..siiru'ala barkatILLAH!

Hafizah_UIA_Practical Apr-June09

Saturday, June 13, 2009

Hanyut


Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Tercipta dari segumpal darah,
Jelma seraut wajah,
Rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

repeat (*)

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

repeat (*)
rebut fatamorgana 3x

Monday, June 8, 2009

Adakah aku sudah berperanan?

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)



Hari ini aku masih lagi melihat wanita-wanita yang tidak menutup aurat mereka. Dahulu kalau di pekan Jitra ini, aku jarang sekali melihat wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Jika ada sekali pun, amat sedikit sekali bilangannya. Sekarang, pada abad millenium ini, ku kira mereka (baca:wanita yang tidak menutup aurat) sudah tidak segan silu mendedahkan aurat mereka. Sehinggakan pemandangan di pekan Jitra yang dibanjiri dengan mereka yang tidak memakai tudung sudah dianggap 'biasa'! Astaghfirullah! Bala apakah ini? Di manakah IMAN mereka? Sudah lupakah mereka bahawa menutup aurat itu adalah PERINTAH TUHAN?

Lewat pukul 1.40 petang tadi, bos mengajakku dan Ruwaida, salah seorang pelajar praktikal di Bank Rakyat Jitra ini untuk menemani beliau ke SK Felda Bukit Tangga. Bank Rakyat ingin menyampaikan papan 'Countdown' UPSR buat peringatan kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada September ini. Aku bersetuju atas ajakan bos, yalah sebagai pelajar praktikal memang aku kena setuju juga kalau diajak ke mana-mana. Selesai urusan kami di SK Felda Bukit Tangga, bos mengajak kami 'pekena' Jo Cendol Pulut di Napoh. Alhamdulillah memang sedap sangat cendol dia, patutla Jo Cendol Pulut ni famous di sini! Sambil makan, bos bertanyakan soalan yang tidak ku duga kepada kami. "Maaf la kalau saya tanya, agak-agak kamu apa perasaan orang yang tak bertudung ni? Depa tak tau ka seurat rambut pun azabnya Masya-Allah Allah ja tahu!". Aku terdiam. Tak terkeluar perkataan untuk menjawab soalan bos. "Depa tau ja bos, malah ada yang belajar di sekolah agama sebelum ni. Tetapi apa yang berlaku bergantung kepada penghayatan agama dan iman mereka. Bukannya mereka tak tahu langsung, mustahil!" Aku menjawab persoalan bos. Banyak lagi yang aku nak bincangkan dengan bos dan Ruwaida tentang hal ini tetapi memandangkan masa yang suntuk, aku batalkan dulu hasratku. Dalam hatiku, aku pula yang terpukul dengan persoalan bos. Aku tidak dapat menghuraikan persoalan bos dengan baik melainkan jawapan aku yang hanya berkisar pada skop dasar sahaja.

Alhamdulillah selesai aku bersolat Asar. Selepas menyiapkan kerja-kerja terakhir di pejabat, Abang Mat mengajakku, Wan dan Shima minum petang di warung dekat Hentian Teksi. Kami bertiga tanpa banyak bicara terus setuju. Kami ingin mengutip sebanyak mungkin mutiara pengalaman yang dilalui oleh Abang Mat. Kami menyusul Abang Mat memandangkan Abang Mat perlu berjumpa customer dia dahulu. Sampai di warung. Oh, ini ka customer Abang Mat? Seorang perempuan yang tidak bertudung dan bekerja di Indah Water. Kami mengambil tempat dan duduk semeja bersama mereka. Customer Abang Mat ni nak buka akaun rupanya..Terdetik di hatiku bagaimana mahu mengajak customer ini bertudung. Inilah fenomena yang ku katakan di awal entri ini, wanita yang tidak menutup aurat (tidak bertudung) sudah dilihat 'biasa' oleh dunia hari ini. Seperti profesion Abang Mat; seorang staf bank yang melakukan 'marketing' pada setiap hari. Sudah tentu profesion beliau menuntut kerja luar yang memerlukan beliau bertemu dengan pelbagai latar belakang manusia dan gender. Lelaki, perempuan, tua, muda, kaya dan miskin, semuanya akan ditemui. Hatta wanita bertudung atau tidak bertudung akan turut ditemui oleh beliau. Di sinilah perlunya pegangan aqidah dan kekuatan iman yang mantap agar beliau dapat mengharungi segala ujian yang tidak terduga olehnya, terutama ujian seorang wanita! Aku ingin sekali mengajak Abang Mat untuk melakukan dakwah kepada customer-customer beliau. Insya-Allah akan ku suarakan hasratku kepada beliau. Bukan hasrat tetapi satu KEWAJIPAN!

Wanita, anda adalah seorang insan yang telah dimuliakan Tuhan akan penciptaan anda. Dahulunya anda tiada nilai di sisi manusia yang zalim. Tetapi tahukah anda bahawa Allah telah mengangkat darjat dan memuliakan anda melalui utusan Kekasih-Nya yang mulia, Muhammad S.A.W.? Sayangilah diri anda, tutuplah aurat anda, jagalah maruah anda! Anda tidak akan terbayangkan azab Tuhan buat mereka yang melanggar perintah-Nya! Ketahuilah bahawa bau syurga pun tidak akan dapat dicium anda jika anda mengabaikan perintah-Nya!

Tetapi, anda perlu tahu bahawa anda adalah sebaik-baik perhiasan dunia jika anda adalah WANITA SOLEHAH! Maka, jadilah anda PUTERI KESAYANGAN Nabi dan HAMBA Tuhan yang disayangi..Anda berhak menjadi hamba-Nya yang paling dikasihi jika anda mengikuti segala perintah-Nya dan menjaga diri anda sebagai mana yang dituntut agama-Nya..



Tuesday, June 2, 2009

Hakikat Kehidupan

Alhamdulillah hari ini aku masih dapat bernafas di muka bumi Tuhan. Allah masih memberikan kesihatan dan sedikit kudrat untuk aku terus meneruskan hidup mencari bekalan menuju hari yang abadi. Tepat pukul 8.30 pagi tadi aku menjejakkan kaki di Bank Rakyat Jitra, tempat praktikalku yang masih berbaki 3 minggu lagi. Masya-Allah cepat sungguh masa berlalu. Aku kini menghitung hari untuk menamatkan praktikalku.

9.00 pagi:
Kak Azian mengajakku ke Kolej Matrikulasi Kuala Nerang untuk melakukan sedikit tugasan Tijari. Kak Azian membantu Abang Wazi untuk mengambil gambar progres kontrak sebuah syarikat yang memohon pinjaman Bank Rakyat Jitra. Dengan gembiranya aku bersetuju. Memang inilah peluangnya untuk keluar dari 'penjara' pejabat Bank Rakyat. Bukan aku tidak gembira melakukan tugasan harian di pejabat, tetapi kadang-kadang aku teringin juga untuk keluar melakukan tugasan luar dan hari ini Alhamdulillah tercapai juga hasratku yang satu ini.

9.30 pagi:
Kami tiba di pekan Pokok Sena. Singgah sebentar di kedai makan ibu Kak Azian. Wah, hebat betul ibu Kak Azian! Ada kedai makan rupanya dan masakan ibu Kak Azian memang sedap sangat, Alhamdulillah! Then, berkenalan pula dengan adik bongsu Kak Azian, Kak Ina. Kak Ina jadi 'master' buat air di kedai makan ibunya. Memang 'kaw' dan sedap ayaq yang dia buat, huhu, thank you Kak Ina! Saya pasti akan datang lagi, insya-Allah.

10.00 pagi:
Time ni baru sampai di KMKN. Baru aku tahu projek yang dibina, buat pagar rupanya! Kak Azian pun 'snap'lah gambar-gambar pagar yang masih in progress dalam dua tiga kali snap jugak..Okay, dah selesai! Then, kami ke Dewan Makan pula, jumpa tauke tender yang buat pinjaman dengan Bank Rakyat juga. Dah lama sembang baru tahu rupa-rupanya tauke ni kawan lama bos! =) Best borak dengan En Azam ni, orangnya banyak ilmu dan pengalaman. Pernah menjadi manager di sebuah kilang makanan selama 7 tahun tetapi beliau berhenti sebab beliau lebih suka bekerja sendiri. Dalam diam aku mengkagumi semangat daya saing beliau yang tinggi. Ma'an najah En Azam!

11.30 pagi:
Barulah kami sampai di Pekan Jitra. Alhamdulillah selesai tugasan membantu Abang Wazi. Aku menemani Kak Azian menjemput anaknya daripada kelas tambahan. Aku memahami rutin Kak Azian, kena buat banyak kerja dalam satu masa. Walaupun kekangan masa dengan tugasan yang banyak di pejabat, tetapi Kak Azian kena 'mencuri' masa jugak demi menunaikan tanggungjawab sebagai ibu. Mengenali Kak Azian yang baik hati ini mengajarku erti sebuah kehidupan seorang isteri yang berkerjaya yang memang sentiasa sibuk dengan workload di bank. Terima kasih Kak Azian, semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada akak!

1.00-6.30 petang:
Kami tiba di pejabat. Seperti biasa aku menyambung tugas-tugasku hari ini. Alhamdulillah hari ini agak relaks, mungkin sebab tengah minggu kot, tak ramai sangat customer yang datang. Agak petang sedikit, Wan dan Shima pulang dari tugasan 'marketing' di luar. Apalagi, aku terus 'interview' mereka. Wan dan Shima merupakan staf BR Smart yang baru sahaja lapor diri pada minggu lepas. Yang menariknya, mereka mempunyai tarikh lahir yang sama bulan denganku dan hari lahir Wan sama dengan hari lahirku! =) Excited betul bila tahu ada yang sama birthday dengan kita! Shima pula lewat sehari denganku..nanti bolehlah kami celebrate birthday sama-sama, insya-Allah..Aku mendengar pengalaman mereka berjumpa dengan pelbagai jenis manusia di luar sana. Ada yang baik layanannya dan tidak kurang pula yang sebaliknya. Lumrah manusia, walaupun rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Hopefully Wan dan Shima diberikan kekuatan dan kemudahan sepanjang mereka melakukan tugasan yang mencabar ini. Chaiyyok!!

6.30 petang:
Abang Mat mengajak aku, Shima dan Kak Azian minum petang di gerai dekat hentian teksi. Aku dan Shima setuju, Kak Azian pula terpaksa rush balik untuk menjemput anaknya dari kelas tusyen.

Sambil minum petang Abang Mat banyak menceritakan pengalamannya yang telah hampir 15 tahun bekerja di Bank Rakyat. Dimarahi, diherdik dan macam-macam lagi sikap tidak enak daripada pelanggan sudah dilalui oleh Abang Mat. Abang Mat juga banyak menasihati kami yang baru sahaja merasai alam berkerjaya ini. Terasa sungguh cabarannya walaupun aku baru sahaja sebulan berjinak sebagai pelatih di Bank Rakyat Jitra ini. Sungguh, walaupun kepenatan setiap hari tetapi aku sudah 'jatuh cinta' dengan kerja sebagai staf di Bank Rakyat Jitra ini. Jika ditanya adakah aku akan bekerja di bank, aku pasti akan menjawab TIDAK. Cukuplah pengalamanku sepanjang tempoh praktikal ini menjadi pengalaman suka dukaku di Bank Rakyat Jitra ini. Aku sayang semua staf di sini dan semoga mereka lebih memahami Islam dalam erti kata yang sebenar dan semoga Najah menjadi milik mereka dunia akhirat!


Alhamdulillah, sedikit perkongsian untuk cerita hidupku hari ini..Aku ingin terus bersemangat dalam menghabiskan tempoh praktikalku di samping ingin mengajak mad'u-mad'uku di Bank Rakyat ini untuk lebih mencintai Islam kerana aku mahu mereka mengenali Islam dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup sebagai mana yang Nabi ajar kepada kita. Wallahua'lam.

Monday, June 1, 2009

Pandanglah Ke Belakang..

Mei 2009 telah pun berlalu. Jika anda bekerja di institusi perbankan, pasti Pengurus anda meminta anda melihat kembali pencapaian suku pertama tahun 2009 ini. Adakah pencapaian anda masih ‘on track’ atau tersasar dari track yang ditarget?

Akhir Mei ini juga rakyat Malaysia melihat kejayaan Mansor Othman yang menang majoriti 5558 di Dun Penanti hari ini. Walaupun rakyat Penanti diasak dan dimomok dengan pelbagai hasutan, akhirnya seramai 46% yang menunaikan kewajipan mereka telah memberikan mandat kepada PKR untuk memerintah Penanti. Kita tunggu pula di Manik Urai selepas ini. Masih tidak penatkah BN?

Akhir Mei ini juga tidak putus undangan walimah yang diterima, termasuklah juniorku Nabilah. Alhamdulillah beliau selamat diijab kabulkan bersama mujahid pilihan, Abang Pit. Semoga perkahwinan mereka diberkati..

Satu lagi, akhir Mei ini juga, akhirnya aku berjaya drive dengan rasminya ke Alor Star, Alhamdulillah..pujuk punya pujuk ibundaku yang susah nak lepaskan aku drive sendiri, akhirnya aku dapat juga keizinan beliau..thank you Mak =)

Pastinya 5 bulan yang sudah berlalu meninggalkan pelbagai kenangan suka atau duka bagi anda. Yang baik diambil dan jadikan ia lebih baik pada bulan-bulan yang akan datang. Yang buruk ditinggalkan dan berazam untuk tidak mengulanginya.

Kenapa perlu pandang ke belakang? Kerana kita MANUSIA. Manusia ini sifatnya PELUPA. NASIYA maksudnya LUPA. Kita perlu menoleh ke belakang untuk kita menilai dan mengukur sejauh mana potensi kita selama kita hidup di muka bumi ini. Adakah kita masih berada di tahap yang sama? Atau adakah kita sudah berubah kepada tahap yang lebih baik? Atau adakah kita lebih buruk daripada bulan-bulan lalu?

Disebabkan itu Islam mengajak kita sentiasa BERMUHASABAH. Kita menghitung dan menghisab amalan kita sehari-hari. Terkadang terlalu banyak perkara yang tidak dapat kita lunasi. Ada hati-hati yang tidak sengaja kita sakiti. Ada hati-hati yang dengan sengaja kita lukai..Astaghfirullah..

Itu baru hubungan kita dengan manusia. Bagaimana pula dengan Pencipta kita? Tentunya lebih banyak hutang kita yang tidak dilunasi. Berapa jam kita luangkan masa untuk Dia? Solat kita? Berapa lama sangat, terkadang dalam solat pun boleh lupa Dia, Astaghfirullah! Al-Qur’an kita? Berapa minit sangat kita tadabbur ayat-ayat Dia? Terkadang ada juga missed membaca Al-Qur’an..

Aku mendengar kuliah di radio Kedah petang tadi. Aku tidak ingat penceramahnya tetapi yang ingin dikongsikan di sini ialah kepentingan kita akrab dengan Allah. Ustaz tadi menyebut perlunya kita intim dengan Allah seperti intimnya si ibu dengan anaknya. Perlunya kita mesra dengan Allah seperti si anak kecil yang sangat suka dengan barang mainannya. Masya-Allah, Subhanallah! Jika dihitung-hitung dan dikira-kira, akrabkah kita dengan Allah? Mesrakah kita dengan Pencipta kita?


“Awwaluddin ma’rifatULLAH”- Permulaan agama itu adalah mengenal Allah.

Didiklah anak-anak dan generasi-generasi baru kita untuk kenal Allah, cinta Allah dan sayang Allah. Antara sebab mengapa manusia sekarang sudah tidak menjadi manusia kerana mereka tidak kenal Allah, mereka lupa bahawa mereka adalah hamba dan mereka lupa bahawa Allah adalah Tuhan mereka!

~Ihfazillah Yahfazka~

Saturday, May 16, 2009

Hari Guru & Frozan Fana

Selamat Hari Guru !

diucapkan kepada:

1- Ibu saya; Pn Khairani Khairuddin
2- Ayah saya; Hj Yaakob Abd Manaff
3- Guru-guru Taski ABIM, SK Tengku Budriah, SK Sultan Ahmad Tajuddin, SMK Agama Kedah, CENFOS UIA PJ, UIAM Gombak & Kuantan
4- Setiap insan yang pernah mengajarkan ilmu mereka kepada saya

Semoga Allah merahmati kalian!

*******

encrypt BeritaHarianonline;

Contohi wanita hebat abad ke-21 ini yang berani menawarkan diri untuk memegang jawatan tertinggi di Afghanistan.


Tampil tawar diri pegang jawatan tertinggi dalam senario kebebasan hawa disekat


KABUL: Seorang doktor wanita, Frozan Fana, adalah antara lebih 40 calon yang ingin bertanding merebut jawatan presiden Afghanistan, cubaan pertama dalam sejarah negara berkenaan yang hampir segala-galanya dikuasai lelaki.

Dalam senario sebuah negara di mana wanita bukan saja tidak pernah menjadi pemimpin, bahkan tidak dibenarkan memandu, dilarang bercerai, tidak bersekolah, dipaksa berkahwin dan didera, Frozan tampil menawarkan dirinya untuk memegang jawatan tertinggi itu. Seramai 42 lelaki turut menyatakan minat untuk bertanding.


Tujuannya adalah untuk meneruskan kerja suaminya, bekas menteri, yang dibunuh. "Cara terbaik untuk membalas dendam adalah dengan meneruskan wawasannya," kata Fana yang berusia 40 tahun.

"Semua orang mengenali Doktor Abdul Rehman adalah pencinta keamanan," katanya mengenai Allahyarham suaminya, Menteri Penerbangan pertama pasca-Taliban yang dicampak dari pesawat, ditikam dan dipukul sehingga mati pada 2002.

Frozan, mengakui risiko yang dihadapinya di Afghanistan, terutama bagi wanita berprofil tinggi. Seorang pegawai undang-undang wilayah dan seorang ketua polis wanita terbunuh beberapa bulan lalu dalam serangan yang didakwa perbuatan Taliban.

Ditanya apakah beliau bersedia untuk menjadi presiden wanita pertama, katanya: "Kenapa tidak? Perlembagaan menyatakan mana-mana rakyat Afghanistan boleh menjadi calon, sama ada lelaki atau wanita." Namun Frozan tidak keseorangan dalam perjuangannya itu, seorang lagi calon wanita adalah Shahla Ata, seorang ahli Parlimen yang percaya sudah sampai masanya wanita diberikan peluang mentadbir negara bermasalah itu.

"Rakyat sudah memberi peluang kepada lelaki, tapi mereka tidak mencapai apa-apa. Sekarang, kenapa tidak melihat saja apa yang boleh wanita lakukan?" ujar Ata di pejabatnya sambil duduk di depan saki baki banting kempen pilihan raya Parlimen 2005 lalu.

Poster berkenaan menunjukkan wajah bekas presiden, Mohammad Daud Khan, yang terbunuh di istananya dengan isterinya, beberapa orang anak dan adik-beradik dalam rampasan kuasa pada April 1978 oleh komunis Afghan proSoviet.

"Saya ingin mencapai matlamat yang tidak berjaya dicapai oleh Mohammad Daud Khan," kata Ata mengenai pemimpin yang mempromosi kejayaan progresif.

Ata, dalam lingkungan 40 tahun, berkata kerajaan Presiden Hamid Karzai gagal menangani masalah candu di Afghanistan, dengan pentadbiran lemah dan masalah pelarian serta remaja. � AFP


Tuesday, May 12, 2009

Kenali Rufaidah binti Sa'ad


2 hari lepas, 10 Mei 2009 merupakan Hari Ibu yang dipopularkan oleh Anna Jarvis yang berasal dari Taylor County, West Virginia. Anna Jarvis memperingati 10 Mei iaitu hari kematian ibunya sebagai hari untuk memperingati segala kenangan indah bersama ibunya dan seterusnya beliau berkempen dengan menjadikan Hari Ibu sebagai hari yang perlu disambut oleh semua.

Hari ini 12 Mei 2009 dikatakan pula Hari Jururawat! 12 Mei merupakan hari ulang tahun tokoh jururawat Barat yang tidak asing lagi, Florence Nightingale. Hari Jururawat telah disambut oleh seluruh dunia sejak tahun 1965 oleh International Council of Nurses (ICN). Ya, tidak dinafikan sumbangan besar oleh dua golongan ini yang telah begitu banyak menabur jasa dan bakti mereka kepada anak-anak dan kepada segenap lapisan peringkat umur. Di mana-mana sahaja jasa mereka akan diperkatakan dan sumbangan mereka akan diingati. Apabila sakit, kita akan cari mereka. Apabila berduka, kita akan cari mereka. Merekalah Ibu dan merekalah Jururawat kita!

Tidak salah untuk kita memperingati segala jasa dan bakti mereka. Tidak salah menyambut Hari Ibu dan Hari Jururawat. Bagi saya, setiap hari adalah Hari Ibu dan Hari Jururawat! 10 Mei atau 12 Mei cumalah tarikh-tarikh yang diperkenal dan dipopularkan oleh Barat! Kenapa tidak kita ucapkan Hari Ibu dan Hari Jururawat pada setiap hari?
Anna Jarvis, Florence Nightingale..mungkin nama-nama ini yang kita kenali sebagai orang yang menjadi perintis atau creator kepada hari-hari bersejarah dunia. Ya, mungkin! Tetapi berapa ramai yang tahu kisah para sahabat Nabi? Tidak ketinggalan kisah Jururawat pada zaman Nabi, iaitu Rufaidah binti Sa'ad.

Diedit dari http://nitafitria.wordpress.com
Setelah Rasulullah menyampaikan risalah Islam banyak tokoh-tokoh Islam di bidang ilmu pengetahuan lahir, pada saat itu Islam memegang peranan penting di semua bidang ilmu pengetahuan seperti Filsafat, Astronomi, Matematik dan bahkan di bidang kesihatan, untuk bidang kesihatan mereka adalah : Ibnu Qoyyim Al-Jauzy, Ibnu Sina ( Avicenna ), Abu bakar Ibnu Zakariya Ar-Razi ( Ar-Razi ), Imam al Ghazali, Abu Raihan Muhammad Al-Biruni dan tak ketinggalan untuk dunia keperawatan seorang tokoh muslimah yang ikut membantu rasul untuk mengubati kaum muslimin yang terluka yang bernama RUFAIDAH BINTI SA’ AD Al- Asalmiya, Ummu Attiyah, dan masih banyak lagi tokoh-tokoh ilmu pengetahuan dan keperawatan lainnya baik di zaman rasul maupun sesudah kerasulan.

Banyak perawat-perawat muslim tidak mengenal Rufaidah binti Sa’ ad, mereka lebih mengenal tokoh keperawatan yang berasal dari dunia barat yaitu Florence Nighttingale seorang tokoh keperawatan yang berasal dari Inggris.Apabila kita menelaah lebih jauh lagi ke belakang jauh sebelum agama Islam menyentuh dunia barat, dunia Barat saat itu mengalami masa kegelapan dan kebodohan di karnakan kebijakan dari pihak gereja yang lebih banyak menguntungkan mereka, tapi disisi lain di belahan dunia lainnya yaitu Jazirah Arab dimana Islam telah di ajarkan oleh Rasulullah ilmu pengetahuan mengalami kemajuan terutama dalam duni keperawatan. Bukan berarti rasul menjadi seorang tabib tapi dalam ajaran Islam yang beliau sampaikan mengandung ajaran dan nilai2 kesihatan seperti: pentingnya menjaga kebersihan diri ( Personal Hygiene ), menjaga kebersihan makanan, mencuci tangan, ibadah puasa, berwudhu dan lain sebagainya.

Rufaidah binti Sa’ad memiliki nama lengkap Rufaidah binti Sa’ad Al Bani Aslam Al-Khazraj yang tinggal di Madinah, dia lahir di Yathrib dan termasuk kaum Ansar yaitu suatu golongan yang pertama kali menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan dia mempelajari ilmu keperawatan saat membantu ayahnya. Dan saat kota Madinah berkembang Rufaidah mengabdikan dirinya merawat kaum muslimin yang sakit dan membangun tenda di luar Mesjid Nabawi saat dalam keadaan damai. Dan saat perang Badar, Uhud, Khandaq, dia menjadi sukarelawan dan merawat korban yang terluka akibat perang. Dia juga mendirikan Rumah Sakit lapangan sehingga terkenal saat perang dan Rasulullah SAW pun memerintahkan agar para korban yang terluka di bantu oleh dia.

Rufaidah juga melatih beberapa kelompok wanita untuk menjadi perawat dan dalam perang Khibar mereka meminta izin kepada Rasul untuk ikut di garis belakang pertempuran untuk merawat mereka yang terluka dan rasul pun mengijinkannya. Inilah dimulainya awal mula dunia medis dan dunia keperawatan.

Rufaidah juga memberikan perhatian terhadap aktifitas masyarakat, kepada anak yatim, penderita gangguan jiwa, beliau mempunyai kepribadian yang luhur dan empati sehingga memberikan pelayanan keperawatan kepada pesakitnya dengan baik dan teliti. Sentuhan sisi kemanusiaan ini penting bagi seorang perawat (nurse), sehingga sisi tekhnologi dan sisi kemanusiaan ( human touch ) jadi seimbang.

Itulah sejarah singkat tokoh keperawatan dalam sejarah Islam dan saya akan menjelaskan sejarah perkembangan dunia keperawatan dalam dunia Islam

  1. Masa penyebaran Islam ( The Islamic Period ) 570 – 632 M. Pada masa ini keperawatan sejalan dengan perang kaum muslimin / jihad ( holy wars ), pada masa ini lah Rufaidah binti Sa’ ad memberikan sumbangannya kepada dunia keperawatan.
  2. Masa setelah Nabi ( Post prophetic era ) 632 – 1000 M. Masa ini setelah nabi wafat, pada masa ini lebih di dominasi oleh kedoktoran dan mulai muncul tokoh-tokoh Islam dalam dunia kedokteran seperti Ibnu Sinna ( Avicenna ), Abu bakar ibnu Zakariya Ar-Razi ( Ar-Razi ), bahkan Ar-Razi sendiri menulis dua karangang tentang ” The Reason why some persons and common people leave a physician even if he is clever “
  3. Masa pertengahan 1000 – 1500 M. Pada masa ini negara-negara arab membangun RS dengan baik dan mengenalkan perawatan orang sakit, dan di RS tsb dimulai pemisahan antara kamar perawatan laki2 dan perempuan dan sampai sekarang banyak di ikuti semua RS di seluruh dunia.
  4. Masa Modern ( 1500 – sekarang ). Pada masa inilah perawat-perawat asing dari dunia barat mulai berkembang dan mulai ada. Tapi pada masa ini seorang perawat bidan muslimah pada tahun 1960 yang bernama Lutfiyyah Al-Khateeb mendapatkan Diploma Keperawatan di Kairo.

Jadi, demikianlah sekelumit dunia keperawatan dalam Islam dan saya ingin mengajak para pembaca terutama para perawat bahwa ilmu pengetahuan sudah dimulai oleh islam terutama dunia kesihatan dan keperawatan sudah ada di zaman rasul.


;