Monday, June 8, 2009

Adakah aku sudah berperanan?

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)



Hari ini aku masih lagi melihat wanita-wanita yang tidak menutup aurat mereka. Dahulu kalau di pekan Jitra ini, aku jarang sekali melihat wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Jika ada sekali pun, amat sedikit sekali bilangannya. Sekarang, pada abad millenium ini, ku kira mereka (baca:wanita yang tidak menutup aurat) sudah tidak segan silu mendedahkan aurat mereka. Sehinggakan pemandangan di pekan Jitra yang dibanjiri dengan mereka yang tidak memakai tudung sudah dianggap 'biasa'! Astaghfirullah! Bala apakah ini? Di manakah IMAN mereka? Sudah lupakah mereka bahawa menutup aurat itu adalah PERINTAH TUHAN?

Lewat pukul 1.40 petang tadi, bos mengajakku dan Ruwaida, salah seorang pelajar praktikal di Bank Rakyat Jitra ini untuk menemani beliau ke SK Felda Bukit Tangga. Bank Rakyat ingin menyampaikan papan 'Countdown' UPSR buat peringatan kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada September ini. Aku bersetuju atas ajakan bos, yalah sebagai pelajar praktikal memang aku kena setuju juga kalau diajak ke mana-mana. Selesai urusan kami di SK Felda Bukit Tangga, bos mengajak kami 'pekena' Jo Cendol Pulut di Napoh. Alhamdulillah memang sedap sangat cendol dia, patutla Jo Cendol Pulut ni famous di sini! Sambil makan, bos bertanyakan soalan yang tidak ku duga kepada kami. "Maaf la kalau saya tanya, agak-agak kamu apa perasaan orang yang tak bertudung ni? Depa tak tau ka seurat rambut pun azabnya Masya-Allah Allah ja tahu!". Aku terdiam. Tak terkeluar perkataan untuk menjawab soalan bos. "Depa tau ja bos, malah ada yang belajar di sekolah agama sebelum ni. Tetapi apa yang berlaku bergantung kepada penghayatan agama dan iman mereka. Bukannya mereka tak tahu langsung, mustahil!" Aku menjawab persoalan bos. Banyak lagi yang aku nak bincangkan dengan bos dan Ruwaida tentang hal ini tetapi memandangkan masa yang suntuk, aku batalkan dulu hasratku. Dalam hatiku, aku pula yang terpukul dengan persoalan bos. Aku tidak dapat menghuraikan persoalan bos dengan baik melainkan jawapan aku yang hanya berkisar pada skop dasar sahaja.

Alhamdulillah selesai aku bersolat Asar. Selepas menyiapkan kerja-kerja terakhir di pejabat, Abang Mat mengajakku, Wan dan Shima minum petang di warung dekat Hentian Teksi. Kami bertiga tanpa banyak bicara terus setuju. Kami ingin mengutip sebanyak mungkin mutiara pengalaman yang dilalui oleh Abang Mat. Kami menyusul Abang Mat memandangkan Abang Mat perlu berjumpa customer dia dahulu. Sampai di warung. Oh, ini ka customer Abang Mat? Seorang perempuan yang tidak bertudung dan bekerja di Indah Water. Kami mengambil tempat dan duduk semeja bersama mereka. Customer Abang Mat ni nak buka akaun rupanya..Terdetik di hatiku bagaimana mahu mengajak customer ini bertudung. Inilah fenomena yang ku katakan di awal entri ini, wanita yang tidak menutup aurat (tidak bertudung) sudah dilihat 'biasa' oleh dunia hari ini. Seperti profesion Abang Mat; seorang staf bank yang melakukan 'marketing' pada setiap hari. Sudah tentu profesion beliau menuntut kerja luar yang memerlukan beliau bertemu dengan pelbagai latar belakang manusia dan gender. Lelaki, perempuan, tua, muda, kaya dan miskin, semuanya akan ditemui. Hatta wanita bertudung atau tidak bertudung akan turut ditemui oleh beliau. Di sinilah perlunya pegangan aqidah dan kekuatan iman yang mantap agar beliau dapat mengharungi segala ujian yang tidak terduga olehnya, terutama ujian seorang wanita! Aku ingin sekali mengajak Abang Mat untuk melakukan dakwah kepada customer-customer beliau. Insya-Allah akan ku suarakan hasratku kepada beliau. Bukan hasrat tetapi satu KEWAJIPAN!

Wanita, anda adalah seorang insan yang telah dimuliakan Tuhan akan penciptaan anda. Dahulunya anda tiada nilai di sisi manusia yang zalim. Tetapi tahukah anda bahawa Allah telah mengangkat darjat dan memuliakan anda melalui utusan Kekasih-Nya yang mulia, Muhammad S.A.W.? Sayangilah diri anda, tutuplah aurat anda, jagalah maruah anda! Anda tidak akan terbayangkan azab Tuhan buat mereka yang melanggar perintah-Nya! Ketahuilah bahawa bau syurga pun tidak akan dapat dicium anda jika anda mengabaikan perintah-Nya!

Tetapi, anda perlu tahu bahawa anda adalah sebaik-baik perhiasan dunia jika anda adalah WANITA SOLEHAH! Maka, jadilah anda PUTERI KESAYANGAN Nabi dan HAMBA Tuhan yang disayangi..Anda berhak menjadi hamba-Nya yang paling dikasihi jika anda mengikuti segala perintah-Nya dan menjaga diri anda sebagai mana yang dituntut agama-Nya..



2 comments:

Mohd Nuruddin Mohamed said...

kak, ada blog kawan saya yg artikelnya berkaitan nga ni. penggerak intiatior di rusia insyaALLAH

http://umaralfateh.wordpress.com/2009/05/31/pakaian-puncak-iceberg/

Khaulah Azwar said...

Syukran Zenki, nnt akak tgk..

;