Tuesday, June 2, 2009

Hakikat Kehidupan

Alhamdulillah hari ini aku masih dapat bernafas di muka bumi Tuhan. Allah masih memberikan kesihatan dan sedikit kudrat untuk aku terus meneruskan hidup mencari bekalan menuju hari yang abadi. Tepat pukul 8.30 pagi tadi aku menjejakkan kaki di Bank Rakyat Jitra, tempat praktikalku yang masih berbaki 3 minggu lagi. Masya-Allah cepat sungguh masa berlalu. Aku kini menghitung hari untuk menamatkan praktikalku.

9.00 pagi:
Kak Azian mengajakku ke Kolej Matrikulasi Kuala Nerang untuk melakukan sedikit tugasan Tijari. Kak Azian membantu Abang Wazi untuk mengambil gambar progres kontrak sebuah syarikat yang memohon pinjaman Bank Rakyat Jitra. Dengan gembiranya aku bersetuju. Memang inilah peluangnya untuk keluar dari 'penjara' pejabat Bank Rakyat. Bukan aku tidak gembira melakukan tugasan harian di pejabat, tetapi kadang-kadang aku teringin juga untuk keluar melakukan tugasan luar dan hari ini Alhamdulillah tercapai juga hasratku yang satu ini.

9.30 pagi:
Kami tiba di pekan Pokok Sena. Singgah sebentar di kedai makan ibu Kak Azian. Wah, hebat betul ibu Kak Azian! Ada kedai makan rupanya dan masakan ibu Kak Azian memang sedap sangat, Alhamdulillah! Then, berkenalan pula dengan adik bongsu Kak Azian, Kak Ina. Kak Ina jadi 'master' buat air di kedai makan ibunya. Memang 'kaw' dan sedap ayaq yang dia buat, huhu, thank you Kak Ina! Saya pasti akan datang lagi, insya-Allah.

10.00 pagi:
Time ni baru sampai di KMKN. Baru aku tahu projek yang dibina, buat pagar rupanya! Kak Azian pun 'snap'lah gambar-gambar pagar yang masih in progress dalam dua tiga kali snap jugak..Okay, dah selesai! Then, kami ke Dewan Makan pula, jumpa tauke tender yang buat pinjaman dengan Bank Rakyat juga. Dah lama sembang baru tahu rupa-rupanya tauke ni kawan lama bos! =) Best borak dengan En Azam ni, orangnya banyak ilmu dan pengalaman. Pernah menjadi manager di sebuah kilang makanan selama 7 tahun tetapi beliau berhenti sebab beliau lebih suka bekerja sendiri. Dalam diam aku mengkagumi semangat daya saing beliau yang tinggi. Ma'an najah En Azam!

11.30 pagi:
Barulah kami sampai di Pekan Jitra. Alhamdulillah selesai tugasan membantu Abang Wazi. Aku menemani Kak Azian menjemput anaknya daripada kelas tambahan. Aku memahami rutin Kak Azian, kena buat banyak kerja dalam satu masa. Walaupun kekangan masa dengan tugasan yang banyak di pejabat, tetapi Kak Azian kena 'mencuri' masa jugak demi menunaikan tanggungjawab sebagai ibu. Mengenali Kak Azian yang baik hati ini mengajarku erti sebuah kehidupan seorang isteri yang berkerjaya yang memang sentiasa sibuk dengan workload di bank. Terima kasih Kak Azian, semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada akak!

1.00-6.30 petang:
Kami tiba di pejabat. Seperti biasa aku menyambung tugas-tugasku hari ini. Alhamdulillah hari ini agak relaks, mungkin sebab tengah minggu kot, tak ramai sangat customer yang datang. Agak petang sedikit, Wan dan Shima pulang dari tugasan 'marketing' di luar. Apalagi, aku terus 'interview' mereka. Wan dan Shima merupakan staf BR Smart yang baru sahaja lapor diri pada minggu lepas. Yang menariknya, mereka mempunyai tarikh lahir yang sama bulan denganku dan hari lahir Wan sama dengan hari lahirku! =) Excited betul bila tahu ada yang sama birthday dengan kita! Shima pula lewat sehari denganku..nanti bolehlah kami celebrate birthday sama-sama, insya-Allah..Aku mendengar pengalaman mereka berjumpa dengan pelbagai jenis manusia di luar sana. Ada yang baik layanannya dan tidak kurang pula yang sebaliknya. Lumrah manusia, walaupun rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Hopefully Wan dan Shima diberikan kekuatan dan kemudahan sepanjang mereka melakukan tugasan yang mencabar ini. Chaiyyok!!

6.30 petang:
Abang Mat mengajak aku, Shima dan Kak Azian minum petang di gerai dekat hentian teksi. Aku dan Shima setuju, Kak Azian pula terpaksa rush balik untuk menjemput anaknya dari kelas tusyen.

Sambil minum petang Abang Mat banyak menceritakan pengalamannya yang telah hampir 15 tahun bekerja di Bank Rakyat. Dimarahi, diherdik dan macam-macam lagi sikap tidak enak daripada pelanggan sudah dilalui oleh Abang Mat. Abang Mat juga banyak menasihati kami yang baru sahaja merasai alam berkerjaya ini. Terasa sungguh cabarannya walaupun aku baru sahaja sebulan berjinak sebagai pelatih di Bank Rakyat Jitra ini. Sungguh, walaupun kepenatan setiap hari tetapi aku sudah 'jatuh cinta' dengan kerja sebagai staf di Bank Rakyat Jitra ini. Jika ditanya adakah aku akan bekerja di bank, aku pasti akan menjawab TIDAK. Cukuplah pengalamanku sepanjang tempoh praktikal ini menjadi pengalaman suka dukaku di Bank Rakyat Jitra ini. Aku sayang semua staf di sini dan semoga mereka lebih memahami Islam dalam erti kata yang sebenar dan semoga Najah menjadi milik mereka dunia akhirat!


Alhamdulillah, sedikit perkongsian untuk cerita hidupku hari ini..Aku ingin terus bersemangat dalam menghabiskan tempoh praktikalku di samping ingin mengajak mad'u-mad'uku di Bank Rakyat ini untuk lebih mencintai Islam kerana aku mahu mereka mengenali Islam dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup sebagai mana yang Nabi ajar kepada kita. Wallahua'lam.

No comments:

;