Monday, June 1, 2009

Pandanglah Ke Belakang..

Mei 2009 telah pun berlalu. Jika anda bekerja di institusi perbankan, pasti Pengurus anda meminta anda melihat kembali pencapaian suku pertama tahun 2009 ini. Adakah pencapaian anda masih ‘on track’ atau tersasar dari track yang ditarget?

Akhir Mei ini juga rakyat Malaysia melihat kejayaan Mansor Othman yang menang majoriti 5558 di Dun Penanti hari ini. Walaupun rakyat Penanti diasak dan dimomok dengan pelbagai hasutan, akhirnya seramai 46% yang menunaikan kewajipan mereka telah memberikan mandat kepada PKR untuk memerintah Penanti. Kita tunggu pula di Manik Urai selepas ini. Masih tidak penatkah BN?

Akhir Mei ini juga tidak putus undangan walimah yang diterima, termasuklah juniorku Nabilah. Alhamdulillah beliau selamat diijab kabulkan bersama mujahid pilihan, Abang Pit. Semoga perkahwinan mereka diberkati..

Satu lagi, akhir Mei ini juga, akhirnya aku berjaya drive dengan rasminya ke Alor Star, Alhamdulillah..pujuk punya pujuk ibundaku yang susah nak lepaskan aku drive sendiri, akhirnya aku dapat juga keizinan beliau..thank you Mak =)

Pastinya 5 bulan yang sudah berlalu meninggalkan pelbagai kenangan suka atau duka bagi anda. Yang baik diambil dan jadikan ia lebih baik pada bulan-bulan yang akan datang. Yang buruk ditinggalkan dan berazam untuk tidak mengulanginya.

Kenapa perlu pandang ke belakang? Kerana kita MANUSIA. Manusia ini sifatnya PELUPA. NASIYA maksudnya LUPA. Kita perlu menoleh ke belakang untuk kita menilai dan mengukur sejauh mana potensi kita selama kita hidup di muka bumi ini. Adakah kita masih berada di tahap yang sama? Atau adakah kita sudah berubah kepada tahap yang lebih baik? Atau adakah kita lebih buruk daripada bulan-bulan lalu?

Disebabkan itu Islam mengajak kita sentiasa BERMUHASABAH. Kita menghitung dan menghisab amalan kita sehari-hari. Terkadang terlalu banyak perkara yang tidak dapat kita lunasi. Ada hati-hati yang tidak sengaja kita sakiti. Ada hati-hati yang dengan sengaja kita lukai..Astaghfirullah..

Itu baru hubungan kita dengan manusia. Bagaimana pula dengan Pencipta kita? Tentunya lebih banyak hutang kita yang tidak dilunasi. Berapa jam kita luangkan masa untuk Dia? Solat kita? Berapa lama sangat, terkadang dalam solat pun boleh lupa Dia, Astaghfirullah! Al-Qur’an kita? Berapa minit sangat kita tadabbur ayat-ayat Dia? Terkadang ada juga missed membaca Al-Qur’an..

Aku mendengar kuliah di radio Kedah petang tadi. Aku tidak ingat penceramahnya tetapi yang ingin dikongsikan di sini ialah kepentingan kita akrab dengan Allah. Ustaz tadi menyebut perlunya kita intim dengan Allah seperti intimnya si ibu dengan anaknya. Perlunya kita mesra dengan Allah seperti si anak kecil yang sangat suka dengan barang mainannya. Masya-Allah, Subhanallah! Jika dihitung-hitung dan dikira-kira, akrabkah kita dengan Allah? Mesrakah kita dengan Pencipta kita?


“Awwaluddin ma’rifatULLAH”- Permulaan agama itu adalah mengenal Allah.

Didiklah anak-anak dan generasi-generasi baru kita untuk kenal Allah, cinta Allah dan sayang Allah. Antara sebab mengapa manusia sekarang sudah tidak menjadi manusia kerana mereka tidak kenal Allah, mereka lupa bahawa mereka adalah hamba dan mereka lupa bahawa Allah adalah Tuhan mereka!

~Ihfazillah Yahfazka~

No comments:

;