Wednesday, July 1, 2009

Catatan Akhir Pasca Praktikal

Terlalu lama aku membiarkan blogku bersawang..Maafkan aku. Banyak yang ingin dicoretkan sebenarnya tambahan dengan isu semasa yang semakin memberat di akal fikiranku. Sebelum aku mengulas mengenai isu kemahasiswaan, muslimat hebat, H1N1, kematian MJ, terkini PRK Manik Urai, Kongres Rejuvenasi anjuran GAMIS dll pada entri-entri akan datang, insya-Allah, ingin sekali aku mencoret rakaman apresiasi kepada insan-insan yang terlalu banyak menabur kebaikan dan budi sepanjang pasca praktikalku di bumi Bank Rakyat Jitra (20 Apr 09- 30 Jun 09).

Alhamdulillah, akhirnya secara rasmi aku sudah 'grad' dari zaman praktikal yang ku rasakan amat singkat (2 bulan setengah) di Bank Rakyat Jitra. Suka dan duka sepanjang aku berpraktikal di sana biarlah menjadi kenang-kenanganku dan pelajaran terindah dalam permulaan hidupku di sana akan ku aplikasikan apabila aku mula bekerja nanti, insya-Allah..

Mengenali seluruh warga kerja BR Jitra ini amat-amat menggembirakan aku. Alhamdulillah mereka adalah 'hadiah' istimewa dari Allah untukku tika aku sebagai orang asing diterima dengan sangat baik sebagai ahli keluarga mereka. Aku mengakui kata-kata Pengurus BR Jitra tika aku mula-mula berpraktikal di sana, "...ciptalah kenangan indah dengan mereka.." dan aku telah menciptanya! Syukran Allah..

Sebahagian warga kerja Bank rakyat Jitra bergambar kenangan pada Dinner BR 09

Aku belajar erti kehidupan daripada mereka. Sangat seronok berborak dengan mereka, orang yang lebih lama merasai asam garam kehidupan, insan yang telah melalui mehnah dan cabaran yang lebih awal dariku. Sudah tentu kita sebagai generasi bawah ini perlu belajar daripada mereka. Soal mereka itu memiliki degree atau tidak bukanlah satu ukuran. Malah aku begitu kagum dengan mereka, walau tidak memiliki segulung ijazah, tetapi mereka sangat kuat bekerja, sangat rapi dan tersusun gerak kerja mereka, sangat berdisiplin dan tidak membuang masa. Masya-Allah, semoga mereka terus diberikan kekuatan oleh-Nya dalam menempuh kehidupan ini sebelum dijemput Tuhan.

Tersentuh hatiku, mereka sangat meraikan kehadiranku dan sesiapa sahaja yang berpraktikal di sana. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah berpraktikal di BR Jitra ini, pasti akan merasai kegembiraan seperti yang aku rasa. Sehari sebelum hari akhir praktikalku, mereka mengadakan farewell ringkas untukku. Ketika aku diminta untuk berucap, tidak terucap rasa terima kasihku kepada mereka. Syukran Allah!

Tribute untuk warga kerja BR Jitra! Semoga Allah terus melimpahkan keberkatan dan kemudahan dalam gerak kerja antum! Insya-Allah segala ilmu dan pelajaran yang diperoleh akan ku gunakan sebagai bekalan dalam menempuh alam pekerjaan satu hari nanti, insya-Allah..
Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..siiru'ala barkatILLAH!

Hafizah_UIA_Practical Apr-June09

1 comment:

munster said...

susah tak nak minta praktikal dekat BR?tengok CGPA tak?

tolong reply dkt email saya boleh?
nira_padington@yahoo.com

;