Sunday, March 29, 2009

Cerita Hamba

Menginjak usia yang sudah lebih dua dekad ini mengajakku untuk terus ‘account’ diri sendiri.
Bermula dengan tangisan pertama berada di alam dunia ini sehinggalah saat ini, aku tidak mampu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan ke atasku, banyak, terlalu banyak. Infiniti.

[Alam bayi dan kanak-kanak]—Memang sangat gembira, tak fikir apa-apa pun, tau makan, main, tidur. Itu sahaja tugasku. Tambah lagi menyusahkan mak+abah, Astaghfirullah..ampunkan anakmu ini mak+abah.

[Alam remaja]—aku mengenali siapa itu kawan dan sahabat. Hidup di asrama mengajarku tentang disiplin, patuh kepada arahan warden dan pengawas. Huhu, kadang-kadang ada jugak rules yang aku langgar tapi tidak sampaila tahap yang menjatuhkan imej & reputasi =)..alam remaja juga mengajarku hidup bersama-sama sahabat yang sentiasa menegur dan memperbetulkan salah dan silapku.

Alhamdulillah aku diberi peluang untuk menjadi pengawas sekolah, waktu aku dalam Tingkatan 5. Bila dikenang kembali, macam tak ‘function’ je aku waktu tu. Pengawas sekadar cek dorm, pastikan student ke kelas, pastikan student tak buat kesalahan dan tak solat dalam bilik. Enough. Cetek dan dangkalnya peranan aku waktu itu. Macam robot je, tak buat sebarang pembaharuan dan anjakan paradigma. Rasa macam nak putar masa kembali, nak jadi pengawas balik, tapi bukan pengawas yang dulu..tapi itu kan mustahil! Masa yang berlalu tidak akan kembali..

[Alam matrikulasi]—Alam yang mencabar tetapi SANGAT BEST! Semua best! Rakan-rakan yang baik, lecturer yang lagi baik dan SAHABAT-SAHABAT yang berjanji untuk sehidup semati demi Allah! Di sinilah aku mengenal apa itu berUKHUWWAH..Ukhuwwah semata-mata kerana Allah dan demi untuk agama-Nya. Menghargai sahabat-sahabat, kalau tak jumpa, rasa rindu sangat..saling miscall untuk qiyam atau kadang2 saja je nak miscall =), hehe..tu rindu namanya =). SAHABAT-SAHABATku, percayalah, antum semua permata hatiku dulu, kini dan selamanya. No words to say, hanya ALLAH yang tahu betapa mendalamnya kasih sayangku kepada mereka.

Lagi,alam inilah yang menjadi titik tolak perubahan besar dalam hidupku..aku belajar erti PERJUANGAN dalam hidup. Kepentingan berdakwah untuk menegakkan agama-Nya. Barulah mengetahui betapa berertinya hidup kerana kita ada matlamat yang PASTI! Tidak mengira erti penat dan lelah kerana aku sentiasa memikirkan sahabat-sahabat dan pemimpin-pemimpin kita yang jauh lebih penat dariku. Kemanisan ukhuwwah yang diikat dengan aqidah menghapuskan semua rasa penatku, Alhamdulillah terima kasih Allah. Inilah ANUGERAH terbesar selepas nikmat Iman dan Islam yang Engkau beri kepadaku.

[Alam kampus utama]—Alhamdulillah, setelah menamatkan pengajian di matrikulasi, aku berhijrah ke alam yang lebih mencabar, Main Camp! Mulanya aku ditempatkan di Kampus Gombak sebelum aku berhijrah ke Kuantan. Main camp sangat berbeza dengan matrik. Mahallahnya yang jauh menyukarkan aku untuk sering bertemu sahabat-sahabat. Aku sangat jarang balik bilik, mesti bermukim kat center je, kat masjid selalunya..bila kat masjid, senang nak jumpa sahabat-sahabat =) Alhamdulillah di Main Camp ni, bertambah lagi sahabat-sahabat dan rakan-rakan baru yang aku kenal. Aku rasa amat bertuah dan bersyukur atas perkenalan dengan sahabat-sahabatku. Setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan masing-masing dan dalam diam-diam aku menjadikan mereka qudwahku, antum memang hebat!

Berpindah ke Kuantan. Tidak dinafikan rasa sedih yang amat sangat bila tau kena pindah, hanya Allah yang tahu. Tetapi aku cepat-cepat rasionalkan hati dan perasaanku, mesti ada hikmahnya aku dipindahkan ke Kuantan. Walaupun tidak dapat lagi aku bertemu sahabat-sahabat Gombak yang aku rasa susah nak cari pengganti mereka, tetapi Allah hadiahkan aku sahabat-sahabat Kuantan yang juga tidak kalah hebatnya dengan Gombakian..masya-Allah, Allah itu Maha Hebat! Di mana-mana kita berada di bumi-Nya, dia tak membiarkan kita keseorangan..hebatnya Allah!
Aku selalu ingat pesan salah seorang sahabat baikku..”Jika kita ikhlas memberi dan berkasih sayang dalam bersahabat, kita akan mendapat ‘pemberian’ dan kasih sayang daripada sahabat kita”. Kini, aku mampu tersenyum dan bersyukur atas anugerah Allah yang terlalu istimewa- SAHABAT- Aku memasang azam, aku nak punyai sahabat di seluruh pelosok bumi Tuhan ini kerana jika kita IKHLAS MEMBERI, percayalah pemberian kita akan diterima oleh sesiapa sahaja..

SAHABAT adalah ANUGERAH bukan hak milik ku..

Husnuszhan.Musawamah.Ithar

No comments:

;