Sunday, August 3, 2008

Kenapa Basma-ALLAH?

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini, tanggal 3 Ogos 2008, secara sahnya aku men'daftar'kan diri dalam senarai jutaan bloggers seluruh dunia. Percaya? Tak percaya? Percayalah...

Niat untuk berblog sudah lama tersimpan, tambahan sering diasak oleh teman-teman, "Bila nak berblog?", "Sekarang ni era globalisasi, takkan nak jadi orang yang ketinggalan?"

Maka dengan niat yang satu, dengan kalimah suci, basma-Allah, aku memulakan langkah pertama ini...

Kenapa basma-Allah?

Simple word. Senang nak sebut. Anak-anak kecil yang baru belajar bercakap pun boleh sebut. Apa istimewanya basma-Allah?

Ya, basma-Allah, memang ISTIMEWA. Segala rahsia terungkap dalam kalimah yang mudah ini. Sejak kecil kita diajar untuk berbasma-Allah. Mak, Abah, Cikgu-cikgu ajar sebut basma-Allah.

Sebelum makan baca apa? "Bismillah"

Sebelum minum baca apa? "Bismillah"

Sebelum belajar baca apa? "Bismillah"

Masya-Allah..Subhanallah..Tabarokallah..Hebatnya Allah!

Mudah, kan? Tutup mata pun boleh! Tetapi semudah itu kah kita beramal dengan basma-ALLAH? Tepuk dada tanya IMAN.

Kenapa lafaz 'bi' yakni 'dengan' digunakan di hadapan kalimah Allah? Jika dilihat dari sudut susunan ayat dalam Bahasa Melayu, ayat penghubung 'dengan' tidak boleh memulai sesuatu ayat atau dalam erti kata lain, memulakan ayat dengan 'dengan' menyebabkan struktur ayat kita tidak lengkap. Jadi apakah maksud 'dengan nama Allah'? Tidak lengkapkah ayat ini?

Contoh penggunaan ayat yang dimulai dengan kata hubung 'dengan':
dengan kereta.
Apa dengan kereta? Naik dengan kereta? Bas dengan kereta? Ayat di atas tidak lengkap, bukan?

dengan nama Allah. Apa yang dengan nama Allah? Sebenarnya Allah nak kita melengkapkan setiap gerak-geri kita, setiap tindak-tanduk kita dengan nama Allah.

Masya-Allah! Besarnya kasih sayang Allah kepada kita. Makan dengan nama Allah. Minum dengan nama Allah. Belajar dengan nama Allah. Tidur dengan nama Allah. Berjalan dengan nama Allah. Segala-galanya hanya basma-ALLAH..
[sedikit perkongsian daripada Imam Masjid As-Syakirin KLCC dalam Talk 'Siapa Allah Di Hatimu'-organized by Ma'ruf Club IIUM Gombak]

~Jom mulakan setiap detik dalam hari kita dengan basma-ALLAH, insya-ALLAH~ =)

No comments:

;