Friday, August 29, 2008

Menginjak Ramadhan


27 Sya'ban 1429H

3 hari, 2 hari, 1 hari...
Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem, bulan kemuliaan yg dinanti-nantikan oleh kami =)

"Allahumma ballighna fi Ramadhan.."
Tak sabar rasanya untuk bertemu Ramadhan, paling tak sabar sebab dpt sambut Ramadhan kat rumah, Alhamdulillah..



Ihya' Ramadhan Sem 1 08/09

Cerita dari Bumi Indera Mahkota:-

Gerak gempur program besar-besaran 'Ihya' Ramadhan' telah berlangsung sejak Julai 08 lagi. Program sempena menyambut dan mengimarahkan bulan mulia ini adalah program gabungan semua Biro Dakwah&Tarbiah setiap kuliah, Sekretariat Pembangunan Pelajar MPP dan Biro Dakwah & Tarbiah MRC. Tema "Same Ramadhan, Different Outcome.." dipilih demi untuk meningkatkan lagi semangat pelajar-pelajar IIUM Kuantan untuk lebih menghayati Ramadhan dengan mencetuskan momentum perubahan pada Ramadhan kali ini.

Pelbagai subprogram yang bermanfaat telah diatur, antaranya; Series of Talk by each kulliyyah, Tadarus Al-Qur'an, Grand Ifthar, Grand Qiyam and Tarawikh. Mahallah Maimunah juga tidak ketinggalan menganjurkan Karnival Ihya' Ramadhan dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Kuiz, Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Movie Maker. Alhamdulillah, respon yang diberikan positif, walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan dan peperiksaan, tetapi mereka sangat 'supportive' dengan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan. Tahniah sisters! Two thumbs up for all of you!




Rupa-rupanya sister-sister kita ni berbakat besar, semuanya talented! Memang best semuanya =)..Tahniah kepada penganjur! Jangan serik untuk anjurkan lagi program macam ni, kami sangat menyokong!

Apa yang aku belajar dalam Karnival IR ni;


-Ukhwah - Supportive -Teamwork - Say no to 'give up'! - Kesungguhan - Kepuasan-


Kepada rakan-rakan nasyidku; terima kasih atas kenangan bernasyid dengan kalian =)...walaupun kita tak bergelar juara, tapi kita dapat kepuasan dengan entertain others. Bukan itu sahaja, mesej yang penting adalah dakwah yang kita nak sampaikan, that's IMPORTANT! Jadi, jangan serik untuk bernasyid lagi =)



_Permatang Pauh's result_


26 Ogos 2008- PRK P44. Permatang Pauh: Menyaksikan tampuk pimpinan diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan undian sebanyak 31, 195 undi dengan majoriti sebanyak 15, 671, suatu keputusan yang telah dijangkakan, tidak hanya kepada rakyat Permatang Pauh sahaja, tetapi kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Signal yang diberikan cukup jelas. Datuk Seri Anwar kini telah kembali ke Parlimen setelah begitu lama di'sorok' dan di'sembunyi'kan dengan fitnah ke atas beliau suatu ketika dahulu. Beliau telah mengangkat sumpah di Parlimen semalam. Beliaulah wira yang ditunggu-tunggu oleh rakyat, membawa suara rakyat (mewakili PKR) di dalam Parlimen. Kita bakal menyaksikan wajah baru dalam corak pemerintahan kita di Malaysia dengan lakaran daripada semua warna =)


**************************************************


--Countdown National Day--


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan keramat itu pasti akan terus diingati dan diulang tayang di televisyen, radio mahupun dunia maya ini. Alhamdulillah, Malaysia telah mengecap kemerdekaan selama 50 tahun dan bakal menginjak ke tahun yang ke-51. Bagaimana penghayatan kita terhadap erti kemerdekaan ini? Adakah cukup dengan hanya melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! di Dataran Merdeka?

Malaysia, bumi aman, dengan komposisi kaum Melayu, Cina dan India yang masih lagi mengekalkan keharmonian dan kesefahaman sesama mereka, Alhamdulillah. Diharapkan keharmonian dan kesefahaman ini dapat dikekalkan. Tetapi sejauh mana rakyat Malaysia bersyukur dengan nikmat keamanan ini? Sambutan kemerdekaan masih lagi dengan sorak-sorai, dengan percikan bunga api yang menghabiskan jutaan ringgit duit rakyat!

Peranan pemimpin-pemimpin di Malaysia amat penting dalam usaha untuk mengelakkan pembaziran yang berleluasa hanya semata-mata untuk menyambut kemerdekaan. Tiada salahnya jika kemerdekaan itu disambut dengan doa kesyukuran, solat hajat beramai-ramai memohon kesejahteraan negara kita supaya terus aman, makmur dan sejahtera. Menginsafi bahawa negara-negara Islam lain berada dalam keadaan yang tidak aman, berhadapan dengan peperangan dan sebagainya. Doa perlu kita perhebatkan, bukankan doa itu adalah senjata bagi orang mukmin?


Akhiran,


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mu'azzhom


~RAMADHAN YANG SAMA


NATIJAH YANG BERBEZA~




No comments:

;