Tuesday, October 28, 2008

ADVANCED ANALYSIS & EMA

Advanced Analysis. Gerun! Menakutkan! Astaghfirullah… Itulah gambaran yang dapat aku describe terhadap subjekku yang satu ni. Markah-markah aku dalam quizzes, midterm, semuanya teruk dan tak memuaskan langsung. Sedih? Memang sedih. Rakan-rakan sekelas semuanya dapat score dengan mumtaznya tetapi sebaliknya aku..

Mungkin cara studiku yang tak efektif, tak perform study group dan tak cuba untuk memahami AA ni dengan sebaiknya. Tetapi aku tak akan berputus asa. Selagi masih ada saat yang bersisa, selagi saat 9 pagi 31 Oktober tidak muncul lagi, aku akan terus mandalami AA dengan bersungguh-sungguh!

Ema & Deqty

Apa yang istimewa dengan Ema? Ema, rakan sekelasku yang amat baik sekali. Tidak lokek untuk menerangkan sesuatu subjek yang bagiku sukar untuk ku fahami. Ema memang tidak lokek ilmu. Aku suka belajar dengannya =). Alhamdulillah, melalui Ema, aku baru ‘nampak’ AA. Tak kesahlah aku baru ‘temui’ AA walaupun nak habis semester (Astaghfirullah), tetapi inilah ‘kepuasan’ yang aku dapat. Melihat kesungguhan Ema, terkadang aku malu sendiri. Ema begitu bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu berbanding aku. Terima kasih teman dan guruku =)!


Aku start untuk memahami Linear Space, Normad Space, Bannach Space, Linear Functional dan Linear Operators. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, baru aku faham. Semuanya saling berkaitan rupanya! Bila dapat soalan, asyik terkebil-kebil je, apa nak jawab? Apa yang aku belajar sebenarnya? Astaghfirullah, muhasabah untukku!

Bagiku, memahami dan mendalami sesuatu ilmu biarlah sampai kita dapat mengaplikasikannya. Bukanlah semata-mata untuk exam! Seperti yang aku katakan dalam entri lepas; Mathematics is abstract! Perlu ketekunan, ketelitian. Ya, semua perkara sebenarnya memerlukan ketekunan dan ketelitian. Perlu ITQAN! Sejauh mana kita ITQAN dengan pelajaran kita? Amat sukar untuk kita temui generasi sekarang yang betul-betul ITQAN dengan ilmu yang mereka pelajari. Bagaimana nak melihat lahirnya Ibn Sina kedua,? Al-Khawarizmi kedua? Al-Razi? Al-Kindi? Ibn Haitham?
Aku sendiri terkadang tidak ITQAN. Ampunkan aku Ya Allah! Bantulah aku untuk memahami ilmu-Mu ini. Bantulah aku untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang aku pelajari. Bantulah aku untuk menjadi hamba-Mu yang ITQAN dalam setiap urusanku..


Saidina Ali berkata: Apabila kamu mahukan dunia, hendaklah kamu berilmu. Apabila kamu mahukan Akhirat, hendaklah kamu berilmu. Apabila kamu mahukan kedua-duanya hendaklah juga kamu berilmu. Sesungguhnya harta apabila dicari, ia akan meninggalkanmu tetapi ilmu apabila dicari, ia akan memeliharamu.

~2 more days to go!!Esok nak p jumpa Dr. Farrukh(gulp!!).. Entrepreneurship bakal menyusul esok.. Ya Allah, mohon bantuan dari-Mu..~

No comments:

;