Thursday, October 23, 2008

Mutiara Hati


Erti sebuah kehidupan itu adalah sesuatu yang ABSTRAK, aku definisikan begitu. Seperti MATEMATIK. Matematik adalah satu subjek yang abstrak. ‘Mathematics is about proving’. Bagi seorang pelajar yang mengikuti jurusan Sains Matematik, aku akui amat sukar untuk memahami Matematik itu sendiri. Dalam kelas kadang-kadang tak tahu apa yang aku belajar. Penuh dengan simbol, angka, definisi, teori, corollary, lemma dan assumption-assumption yang aku ‘tak nampak’. Ya, memang tak nampak, tetapi aplikasi Matematik itu lah sebenarnya yang ‘nampak’. Terkadang orang di sekeliling bertanya, ‘boleh kerja apa dengan ambil bidang ni?’ Aku sendiri pening nak jelaskan. Tetapi kami juga mempunyai profesion kami seperti pelajar-pelajar jurusan lain.

Aku tinggalkan dulu Matematik aku. Aku sayang Matematik walaupun aku pernah blurr dan tak faham dengan kursus aku sendiri, tetapi PERCAYALAH setiap tempat yang Allah sudah letakkan untuk kita, itulah TEMPAT YANG TERBAIK untuk kita walau kita tak pernah impikan untuk berada di tempat itu sebelum ini..

Aku kembali kepada KEHIDUPAN yang aku ingin kongsikan di sini. Sebenarnya bukanlah untuk aku menceritakan kehidupan aku tetapi aku ingin berkongsi mutiara-mutiara berharga daripada senior-seniorku, mujahid dan mujahidah kebangganku tentang KEHIDUPAN.

“Kehidupan tidak akan lari daripada tarbiah. Kita sebagai da’ie perlu mentarbiah mad’u kita supaya mereka memahami Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Bagaimana kita mahu mad’u menerima tarbiah daripada kita? Kita analogikan tarbiah itu seperti barang dagangan. Macam mana kita nak attract para pembeli kita untuk membeli barang dagangan kita? Sudah tentulah kita akan berusaha untuk mempromosikan barang dagangan kita dengan promosi yang terbaik demi untuk meraih minat pembeli-pembeli kita..” --KAK AC--

“Tiga elemen terpenting bagi seorang da’ie adalah HUBUNGAN YANG INTIM DENGAN ALLAH, IKHLAS DALAM SETIAP PEKERJAAN & PENGORBANAN. Tanpa ketiga-tiga elemen ini amat sukar bagi seorang da’ie untuk melaksanakan amal Islaminya dengan sempurna. “ --Ust Hafizi--

“Bila dah masuk final year ni, barulah merasai apa erti kehidupan ynag sebenarnya. Bila kita dah grad, kita dah tak terikat dengan siapa-siapa. Tidak terikat dengan taklifan-taklifan. Perasaan lega itu memang ada. Tetapi ketakutan pula yang timbul. Kuatkah kita untuk mendepani kehidupan kita selepas grad nanti? Semua keputusan terletak atas kita. Pokoknya NAK atau TAK NAK. Kalau kita NAK, kita akan buat dan sebaliknya kalau kita TAK NAK, kita tak akan buat dan hakikatnya tiada siapa pun yang akan menegah kita kalau kita tak buat..”
--Kak Dayah--

“Kalau Kak Dayah kata kehidupan beliau bermula selepas grad, tetapi tidak bagi Kak Es. Kehidupan Kak Es dah pun bermula. Allah menguji Kak Es dengan suami, anak dan pelajaran Kak Es sendiri. Ya, inilah ujian Allah untuk Kak Es. Kak Es perlu kuat untuk hadapi semua ni. “
--Kak Es--
Masya-Allah, Kak Es kuat sebenarnya sebab itulah Allah uji Kak Es. Kehidupan sebagai seorang isteri, seorang ibu, dan seorang pelajar sekaligus! Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada Kak Es.

Setiap hari kita belajar daripada KEHIDUPAN. Tidak kisahlah dengan siapa sahaja yang kita temui. Tidak kira yang tua atau yang muda. Kita belajar daripada semua orang. Inilah KEHIDUPAN.

Cuba renungi betul-betul perjalanan hidup kita. Amat cantik dan amat indah sekali Allah aturkan untuk kita, bukan? Tidak semestinya setiap apa yang kita impikan akan kita perolehi kerana di sepanjang perjalanan hidup kita akan adanya mehnah dan tribulasi yang Allah berikan sebagai ujian buat kita yang bergelar hamba-Nya..

No comments:

;