Pagi 4 Syawal 1429H
"Sakinah, dah ready semua barang? Check betul-betul, jangan ada yang tertinggal pulak nanti." mak remind Ninah tentang barang-barang dia. Sakinah, adik keduaku akan berangkat pulang ke Mesir malam nanti, flight Bayan Lepas-Singapore. Kemudian dari Singapore ke Mesir pada jam 2 pagi 5 Syawal.
Sekejapnya jumpa Ninah, tiba-tiba pulak rasa sedih, yalah, adik dah nak pulang ke Mesir, akan berjauhan dengannya lepas ni. Tak dinafikan, aku selalunya akan berkongsi ceritaku dengan Ninah, memang aku rapat dengan dia berbanding adik-adikku yang lain. Walau bagaimana sedih sekali pun, life has to go on- dia wajib menunaikan amanahnya sebagai pelajar, begitu juga aku. Tak kisahlah di mana pun kami belajar, tetapi AMANAH menuntut ilmu Allah wajib kami laksanakan. Teringat aku kisah Imam Syafi'e yang menuntut ilmu bertahun-tahun lamanya, tidak pulang menjenguk keluarganya kerana jarak tempat yang sangat jauh dan kerana mendalamnya cinta beliau kepada ilmu hingga sanggup menahan rindunya kepada keluarga. Kita ni bagaimana? Baru seminggu balik hostel, dah nak balik! Kena check balik diri kita ni bagaimana..
Flashback sekitar suasana di Airport Bayan Lepas Pulau Pinang
Kata Ninah sebelum masuk ke Balai Berlepas, "Ayong, doakan aku kat sana tau! Hang pun, belajaq leklok!"
Insya-Allah adikku. Jangan risau, kakakmu akan sentiasa mendoakanmu. Tahniah kerana menjadi anak kebanggaan mak dan abah. Keep on getting Mumtaz in your academic! Hope to see you as a Muslimah and Mukminah doctor; contribute to Islam and to Ummah.
Takpa Ninah, kalau tak dapat bidang Forensik pun.. Sangat baik kalau hang dapat jadi Doktor Sakit Puan. Ini yang kita kekurangan sekarang,kan?
Terus! Sambung cita-cita aku na =)
Fi Amanillah!
No comments:
Post a Comment