Saturday, October 18, 2008

MAA Takaful. Tertarik?

Aku berjumpa Aida semalam. Rupanya ada berita menarik dan tertarik yang aku perolehi. Pasal MAA Takaful! Apa yang menarik sangat dengan MAA Takaful ni?



Info ringkas mengenai MAA Takaful:

MAA Takaful adalah daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat takaful yang terbesar di dunia Arab.

Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani bersama Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful untuk menjalankan perniagaan takaful.

Pada 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali Takaful untuk syarikat usahasama di antara MAA Holdings dan Solidarity dari Bahrain. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM 100 juta dan seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari ini, MAA Takaful mempunyai kekuatan agensi melebihi 25,000.
MAAH memgang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara itu Solidarity memgang 25% pegangan ekuiti.

MAAH disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad. Anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya terlibat dalam perniagaan insurans am dan insurans hayat, termasuklah perniagaan persisir pantai dan reinsurans, perniagaan jual beli, pajak gadai dan kemudahan kredit yang lain, unit amanah, pengurusan hartanah, pengurusan dana dan perunding pelaburan keselamatan dan perkhidmatan perundingan serta pusat dialisis amal. Saban tahun, MAAH telah mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Thailand melalui MAA International Assurance Ltd., salah satu syarikat insurans persisir pantai dalam kumpulan MAAH.

Undang-Undang Takaful:

Industri Takaful di Malaysia tertakluk di bawah Akta Takaful 1984 dan diselia oleh Bank Negara Malaysia (BMN).

Para Pengendali Takaful perlu mematuhi Syariah, syarat-syarat Berkanun dan Kawal Selia yang ketat.

MAA Takafulink:

-Family Takaful Plan - gives you the freedom of protection and Shariah approved investments without prejudice.
- provide 3 investment funds - MAA Shariah Growth fund, MAA Shariah Balance Fund and MAA Shariah Income Fund.
-maximum benefits with MAA Takafulink: Protection, Investment Account, Total Flexibility


Aida: "Kak Fizah, jom kita invest! Insyaallah banyak benefit yang kita dapat kak. Terutamanya untuk pemegang PTPTN. Kalau invest sekarang, bila dah grad, dah dapat bayar terus,kan? Tak payahla kena tunggu bertahun-tahun, interest pulak sure lagi tinggi."

Aku:"Ha'ah betul tu Aida. Kak Fizah memang minat nak invest ni. Dah lama pasang angan-angan nak buat investment. Alhamdulillah, dah nampak jalan, bolehlah kita start invest! =). Betul apa yang Aida cakap, kita perlu educate orang ramai supaya mereka tahu kepentingan investment ni. Mungkin ramai yang tak tahu tentang pelaburan yang halal di sisi Syari'ah. Em, MAA Takaful ni memang dah diiktiraf halal dan ia dirangka menurut prinsip Syari'ah. Jadi, tiada keraguan untuk orang Islam untuk buat pelaburan. Tinggal lagi kita lah. How we can educate them?"

Aida: "Aida la kak, Aida nak amik Educational Business. Bolehla Aida educate orang nanti."
Aku: "Alhamdulillah, bagus tu Aida. Kena bersungguh-sungguh tau, buktikan kemampuan Aida. Insya-Allah semoga Allah kabulkan cita-cita Aida."


~Jom kita melabur sekarang! Nak melabur di mana? MAA Takaful jawapannya! Insya-Allah moga-moga dengan pelaburan yang halal di sisi Syari'ah ini dapat memberikan manfaat kepada kita, sama ada dalam membantu mereka yang susah juga sebagai persediaan kewangan kita pada masa tua kita nanti.~

No comments:

;