
"Kedah Sejahtera di bawah pimpinan Ust Azizan Abdul Razak", insya-Allah.
Ya Allah, selamatkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah para pemimpin yang taat dan patuh akan perintah-Mu.
Melayari harakahdaily.net sebentar tadi, terkejut saya akan berita utama hari ini;
Apa lagi selepas ini? Mereka memiliki media elektronik, malah polis, kastam, askar patuh di bawah telunjuk mereka. Tetapi mereka lupa bahawa dengan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan memberi sebarang erti buat kita. Kita juga memiliki tentera kita yang tidak kalah hebatnya.
Kes Altantuya: Tidakkah tindakan mereka telah memalitkan nama buruk kepada Malaysia? Tidak mustahil institusi kehakiman di Malaysia akan dikecam dunia kerana kes ini telah menjadi kes tumpuan dunia. Apa yang mereka kejar? Kuasa? Nama? Reputasi?
Anda dan saya yang bergelar mahasiswa/wi:
Peranan kita?
- Mendalami ilmu kita sedalam-dalamnya Lillahi Ta'ala.
- Berfikirlah secara rasional sebelum bertindak.
- Berani melontarkan idea dan pendapat jika kita berada di pihak yang benar.
- Menjuarai isu kerana bagi saya masih ramai lagi mahasiswa/wi yang tidak celik isu.
Wallahuta'ala a'lam.
No comments:
Post a Comment