Cuti akhir Sem 1 0809 dah lama bermula. 14 hb hari tu dah ada kat rumah. Pejam celik, pejam celik, hari ni dah 19 hb, Astaghfirullah..dah 5 hari berlalu. Apa aku dah buat kat rumah? Amal Islamiku? Tetapi segera ku ingat, kita berbakti kepada mak+abah pun dah dikira amal Islami, kan? Yang penting, IKHLAS. Itu pokoknya. Kadang-kadang ada juga ‘lack’nya. Maafkan Kak Yong, mak dan abah..

***Hujah @ TV9***
Aku terima mesej daripada Kak Dayah, “Tengok TV 9 malam ni, debat antara YB Salahuddin Ayub dan Datuk Ahmad Fuad Zarkashi pukul 10.30 malam ni.” Em, menarik! Aku tak sabar-sabar nak tunggu malam.
…Alamak, dah 10.40 malam! Cepat, nanti rancangan Hujah habis, terlepaslah aku..TV di’on’. Tajuknya ‘Perubahan Budaya di Parlimen’, insya-Allah aku kira betul tajuk ni. (Kalau ada sesiapa yang menonton jugak rancangan ni, bolehlah betulkan ye kalau saya tersalah..)
Debat antara dua tokoh daripada dua parti berlainan ini telah memberikan hujah masing-masing yang aku kira hebat dan patut ditonton oleh semua rakyat Malaysia. Aku tidaklah mahu membuat judgment ke atas mana-mana individu jika aku tidak tahu pokok pangkal bicara mereka. Lagipun, di dalam Islam sendiri, kita ditegah untuk menghukum seseorang hanya kerana kita sudah mempunyai ilmu, walhal hebat sangatkah kita dengan ilmu kita yang sangat cetek ini?
Berbalik kepada Hujah yang aku tonton tempoh hari; menarik untuk aku berkongsi sedikit apa yang aku peroleh daripada Hujah ini. Antara point yang sempat aku simpan dalam memoriku- bagaimana mahu mewujudkan ‘first-class parliament’? atau ‘world-class parliament?’ Teringat aku akan salah satu blog yang aku lewati, blogger hebat boleh aku labelkan kepada beliau =), beliau telah post satu entri yang ku kira merupakan cabaran kepada mahasiswa dan kepada parlimen sendiri. Youth Parliament. Teruja aku membaca entri beliau. Telah wujud ‘Youth Parliament’ di Pakistan dan di Eropah yang menyaksikan belia dan anak muda memiliki ‘suara’ sendiri dan mampu menjadi decision maker dalam hal-hal rakyat dan negara mereka. Seronoknya kalau Malaysia pun dapat berbuat begitu, bukan? (Aku berangan sendiri..) Kenapa tidak? Bukankah buah fikiran dan idea anak muda itu bagus-bagus dan bernas-bernas? Anak muda bisa menggegar dunia dengan idea-idea baru dan segar, tambahan anak muda itu memiliki ilmu pengetahuan yang diperoleh di menara gading dan daripada cendekiawan-cendekiawan yang hebat-hebat belaka. (em, aku terlalu mengampu anak muda? Tunjukkan kehebatan anda, wahai anak muda sekalian!)
Tersasar pulak aku ni..sekadar nak menyuntik semangat kepada anak muda, cabaran kepada anak muda kerana kita masih menanti-nantikan anak muda yang bermentaliti ‘first-class’ dan ‘world-class’. Di mana tadi? ‘First-class’ parliament, kan? Ya, kita mahu segala-galanya first-class! Parlimen pun mahu first-class! Tetapi sebelum itu, mentaliti kita dahulu perlu ‘first-class’! Jangan asyik menuding jari atas kesalahan orang lain, tidak mahu mendengar teguran orang lain dan hanya mendabik dada atas keegoan diri sendiri walhal kita sebenarnya tidak nampak kesalahan kita. Ini sebenarnya yang berlaku dalam pucuk pimpinan kita sekarang (sekadar pengamatanku) dan SIKAP inilah yang harus mula-mula sekali dikikis.
Bagiku, sekadar pandangan peribadi daripada seorang mahasiswi, sangat baik sekiranya setiap individu itu kembali kepada dasar, kembali kepada pokok. Tidak kiralah siapa pun individu itu, seorang pelajar, pekerja, pemimpin, atau sesiapa sahaja; marilah kita menilai kembali diri kita dan kembali kepada dasarnya jika kita telah tersasar. Tidak susah ku kira. Islam itu kan, mudah? Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah, inilah dua azimat terbesar yang Nabi tinggalkan buat kita. Segala-galanya telah diperjelas dan diperinci di dalam kedua-duanya.
Sebelum aku tutup tirai ‘Hujah @ TV 9’, aku tertarik untuk berkongsi soalan terakhir daripada hos rancangan tersebut; beliau bertanyakan kedua-dua orang ahli debat: ‘Bagaimana nak tingkatkan integriti Parlimen?’

Aku tulis kembali jawapan-jawapan yang sempat aku take note untuk kita fikir-fikirkan..
· “kenapa Palimen jadi seperti pasar? Pembangkang hanya bangkitkan isu-isu remeh..”
· “Bagi saya, integriti Parlimen boleh ditingkatkan jika kita melaksanakan tiga perkara ini;
1. upgrade nilai dan integriti dengan membuat kajian semula ke atas sistem
2. perlantikan speaker yang kita tahu speaker itu mestilah bebas
3. kabinet tidak boleh sepenuhnya campur tangan dalam Parlimen
Wallahua’lam. Masih banyak lagi yang perlu aku belajar tentang Parlimen..
***Sihat sebelum Sakit***

Mak: “Tok Ngah, jiran depan rumah kita tu kena strok, nanti kita pi melawat na..”

Sa’adah: “Tolong doakan abah saya. Penyakit lama abah datang balik- kanser darah.
Doakan ye.”
Allahu Akbar, terasa luluh hati ini mendengar musibah yang menimpa jiran dan ayah kepada sahabatku. Innalillahiwainnailaihiraaji’un..Tingkatkan kesabaran ye jiran dan sahabatku. Sesungguhnya sakit itu daripada Allah dan Allah jua yang akan memberi kesembuhan dengan izin-Nya.
Teringat sabda Nabi; ingat 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara dan antaranya Sihat sebelum Sakit. Nikmat SIHAT, antara 2 nikmat yang selalu dilupakan oleh manusia.
Kenapa?
Aku membelek-belek ‘La Tahzan’ karangan Dr ‘Aidh Al-Qarni. Terpandangkan tajuk ‘Manfaatkan Kesihatan dan Kesempatan untuk Taat kepada Allah’. Katanya, hendaklah anda tidak menyia-nyiakan kesihatan dan kesempatan yang anda miliki dengan mengurangi ketaatanmu kepada Tuhan dan merasa cukup atas amal yang telah engkau lakukan sebelumnya.
Kerana apa? Sebabnya andai kita tidak bersungguh-sungguh bekerja keras demi untuk keuntungan di hari Akhirat, nescaya kita akan menyesal yang amat sangat dan tidak mungkin masa yang kita sia-siakan itu akan berulang kembali. Jom renung-renungkan…
Umar bin al-Khattab berkata, “Bersantai-santai akan membuat laki-laki menjadi pelupa, dan membuat perempuan menjadikan lelaki bersyahwat.”

***1511H[KOMBAT]***

Ini yang best! Pertama sekali, tribute untuk sahabat, guru dan adikku, Jeneral Hamasyie =)..memang bestla dik! Two thumbs up untuk Faisal Tehrani! Nak tau tahap mana ke’BEST’an buku ni, saya syorkan anda perlu MEMILIKINYA!
1511H[KOMBAT] memberi tasawwur akan fityan yang sanggup SYAHID demi Allah, demi Rasul dan demi Islam. Berperang pada zaman serba canggih, tahun 2087M, walau ini sekadar imaginasi penulis, tetapi saya sangat sukakannya dan tidak mustahil jika fantasi ini menjadi realiti..siapa tahu?
Saya sukakan semua watak di dalamnya; Jeneral Nusaybah, as-syahidah yang mendidik fityan ini, beliau yang menanggung segala pembiayaan pelajaran anak-anak yatim termasuklah Komander Muhammad Ameen(seorang anak muda yang memiliki futuwwah sehingga mendapat kepercayaan penuh daripada Jeneral Nusaybah). 11 orang Sidang Komander hebat; antaranya Komander Muhammad Ameen, Komander Habib (cucu Jeneral), Komander Emrullah, Komander Salim, Komander Bilal, Komander Zinnera (cucu Jeneral dan isteri kepada Komander Emrullah), Komander Ali Halimah dan empat orang lagi komander.
Perjuangan untuk menghancurkan Amerika dan Yahudi laknatullah seperti yang dimilki oleh fityan ini patut dan wajib juga dipunyai oleh setiap daripada kita, tambahan kita yang bergelar ‘fata’ atau pemuda/di yang memiliki kudrat dan tenaga yang lebih kuat daripada orang yang lebih tua. Cabaran untuk kita!
Perang bermula. Bom, peluru, roket, laju memburu komander-komander kita..tentera cyborg dan sarcos yang diprogramkan berjuang habis-habisan menangkis setiap serangan musuh. Segala strategi dilaksanakan, tidak mahu kalah kepada musuh. Syahid menjadi idaman, bertemu bidadari-bidadari yang dijanjikan.
“Jangan menangis. Izinkan ana sahabat..Kekasih sudah mengundang.” –Komander Emrullah.
Syahidnya Komander Emrullah di kala memperjuangkan agama Tuhan, mengundang cemburu sahabatnya Komander Ameen.
Akhirnya Kota Washington yang penuh dengan kekotoran dan maksiat digantikan dengan Kota Emrullah; nama yang lebih baik, seorang pemuda yang hatinya dekat dengan Tuhan, ikhlas berjuang dan berkorban untuk kebaikan umat Islam. Itu janji Komander Ameen kepada sahabatnya.
Saya juga bercita-cita demikian. SYAHID DAMBAANKU.
Kepada sahabat-sahabat saya; kuatkan barisan, perteguhkan ikatan, mantapkan ukhuwwah, perhalusi strategi dan jadilah orang yang paling YAKIN dengan doa dan paling REDHA dengan ketentuan-Nya (tribute untuk Izzatie). Doakan.
No comments:
Post a Comment