Wednesday, December 10, 2008

Pentadbiran 'maya' Obama


Dipetik: Berita Harian Online

SAN FRANCISCO: Satu permainan komputer yang akan muncul di kedai di Amerika Syarikat pada hari Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden, bakal mencabar pemainnya untuk melihat sama ada mereka mampu memerintah negara kuasa dunia itu sebaik mungkin. Interactive Gaming perisian berkata 'Commander-in-chief' (panglima tertinggi) akan berada di pasaran pada 20 Januari, iaitu hari perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden. "Pemain Presiden akan membuat keputusan membabitkan belanjawan, kesihatan, pendidikan, ketenteraan, diplomatik dan lain-lain dalam persekitaran simulasi dan akan memiliki kehidupan maya berdasarkan pilihan mereka.

"Comander-in-Chief' akan memberikan pemain maklumat daripada 50 pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kumpula Tujuh (G7), NATO, NAFTA dan OPEC untuk meningkatkan realiti permainan yang dibuat Eversim berpusat di Perancis ini. "Anda boleh menggunakan teori politik bagi tindakan dan melihat kesan domino antarabangsa dan domestik," kata ketua pereka Eversim, Louis-Marie Rocques ketika rancangan permainan itu didedahkan April lalu. "Sesiapa saja kini boleh membangunkan strategi mereka sendiri untuk keluar dari Iraq, memulihkan kejatuhan ekonomi dan usaha menangani serangan pengganas."

Pemain akan mula memilih ahli kabinet dan menangani masalah sosial, persekitaran, ekonomi, tenaga, budaya dan isu ketenteraan yang dihadapi pentadbiran Obama. Sepanjang permainan itu ada ancaman seperti pengganas atau serangan tentera asing.
p/s: Jom main!!

No comments:

;