Eid Mubarak!
Kullu 'am wa antum bikhair!

Alhamdulillah, Allah masih memberi nafas dan kesihatan yang baik, masih dapat menyambut Eiduladha dengan penuh rasa kehambaan dan kerendahan diri sebagai hamba-Nya yang kerdil.
Manifestasi Eiduladha atau disebut juga Hari Raya Korban sangat banyak sekali untuk diungkapkan, cukuplah setiap daripada kita dapat memahami bahawa terlalu besarnya nikmat dan peluang yang Allah beri untuk kita meningkatkan IMAN dan keTAQWAan kita ke darjat yang lebih tinggi, insya-Allah.
Bermula dengan takbir yang dilaungkan selepas terbenamnya matahari 9 Zulhijjah lalu, terasa sungguh kekerdilan dan kehinaan diri ini di hadapan-Nya. Kita disunatkan untuk membanyakkan takbir, tasbih dan tahmid pada Eiduladha ini dan juga di dalam bulan Zulhijjah ini, penutup bulan-bulan Islam. Masya-Allah, tidak beberapa lama lagi Muharram 1430H akan muncul, meninggalkan 1429H..
Sorotan sejarah pelaksanaan Qurban ini telah dirakamkan dengan cantik sekali oleh Allah Ta'ala di dalam kisah Nabi-Nya, Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. KeIKHLASan menyempurnakan perintah Allah tanpa bantahan itulah yang sepatutnya dijiwai oleh kita semua. Ikhlasnya Nabi Ibrahim, ikhlasnya Nabi Ismail dan ikhlasnya Siti Hajar. Allah begitu mengasihi Nabi Ibrahim sehingga Nabi Ibrahim digelar Khalilullah (Kekasih Allah) dan sehingga hari ini, kita juga menyebut nama Nabi Ibrahim selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad di dalam tasyahhud akhir kita. Istimewanya Nabi Ibrahim pada pandangan Allah.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar..
*****
Dalam kegembiraan kita menyambut Eiduladha, masih ada saudara-saudara kita yang berduka atas musibah yang melanda mereka. Takziah diucapkan kepada saudara-saudara kita yang ditimpa musibah BANJIR dan BANGLO RANAP di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang. Semoga Allah Ta'ala melimpahkan kesabaran yang tinggi atas ujian dan dugaan ini. Ingatlah bahawa kita sememangnya layak untuk diuji. (Kamu Sentiasa Layak Diuji>>Saifulislam)
Cuba renung-renungkan dan muhasabah diri kita, mungkin ujian ini adalah sebagai kaffarah atas dosa-dosa kita sebelum ini. Pandanglah dari sudut yang positif, insya-Allah kita akan temui hikmahnya di situ.
*****
Sekarang ni cuti sekolah. Bila cuti sekolah ni, maka banyaklah undangan majlis perkahwinan =)
Saya pun tak terlepas untuk mendapat undangan walimah pada musim cuti sekolah ni..
Yang terdekat, esok, 10 Dec 2008 bersamaan 12 Zulhijjah 1429H, walimah sahabat baik saya, Ukht Nurul Suhadah Shuib. Tahniah diucapkan kepada beliau dan bakal suami. Terbinalah lagi Baitul Muslim yang insya-Allah bakal melahirkan ramai lagi jundi-jundi Islam =)
Semoga usrah antuma diberkati--> Usrah yang Sakinah, Mawaddah wa Rahmah, insya-Allah..
Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih-sayang dan belas-kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum: 21)

No comments:
Post a Comment