Thursday, December 4, 2008

Wahai Allah rahmatilah kedua ibu bapaku..

"Ayong, ajaq aku bawa gheta rini," kata adikku, Zaki petang tadi.

"Insya-Allah boleh ja, hehe, tapi aku pun tak pro sangat tau," aku membalas.


Tiba-tiba mak mencelah, "Tak payahlah, hari ni ada pasar malam, orang ramai, kamu tu tak cekap lagi bawa gheta,".

"Ala mak, satja na," aku memujuk ibuku. Bertekad nak bawa kereta juga pada petang tadi. Mak tak menjawab tetapi tidak juga membantah. Mungkin aku yang beriya-iya nak sangat bawa kereta.


Sambil tersenyum gembira, aku masuk ke dalam kereta. Adikku Zaki di sebelahku. Enjin dihidupkan. Alhamdulillah, bolehlah juga bawa kereta Atos ni walaupun aku tak cekap sangat.


"Hang nak bawa katna To'ki? Satgi aku berenti, hang bawa na..tunggu sat," aku seakan berlagak sebagai guru memandu pula =)


Sampai di hujung jalan, aku memberhentikan kereta, memberi peluang kepada adikku pula untuk memandu. Setakat pengamatanku yang cetek ini, aku lihat To'ki cepat belajar. Dia sudah boleh memandu walaupun agak tersekat-sekat pada awalnya, but it's okay, nama pun baru belajar, kan? Cuma adikku masih tidak cekap untuk mengawal sterengnya, masih memerlukan latihan.


Kereta bergerak perlahan sekadar 20 km/jam, lagipun kami melalui kawasan perumahan dan ditambah adikku yang pertama kali memandu, jadi normallah, kan? Akhirnya kami semakin hampir dengan kawasan rumah kami. Aku pula membiarkan sahaja adikku memandu dengan tanggapan adikku masih lagi dapat mengawal pemanduannya. Tiba sahaja di hadapan porch rumah kami, To'ki pun membelok ke dalam untuk memarkir kereta dalam porch.


Tiba-tiba..duum!

Allahu Akbar! Tersirap darahku. To'ki telah terlanggar tembok depan rumah. Dia tak sempat nak kawal stereng kereta. Senyap. To'ki keluar dari kereta. Dia melihatku dan menggelengkan kepalanya.


"Teruk ka To'ki?" aku kaget.

"Teruk jugakla..habihla aku," To'ki menjawab. Sedih dan cuak raut mukanya.


Aku cepat-cepat reversekan kereta dan memarkir dalam porch. Aku melihat kereta milik Abah. Agak teruk juga bumper hadapannya, mungkin RM500++ juga melayang ni..(Astaghfirullah, apa yang aku dah buat? Mungkin inilah akibatnya tak dengar cakap mak, aku bermonolog)


Kecut perut juga aku dibuatnya. Aku pasti ibu dan ayahku akan marahkan aku dan To'ki. Tetapi aku lah yang bertanggungjawab, tidak sepatutnya aku membiarkan adikku yang memarkir kereta. Aku istighfar banyak-banyak, bersiap sedia hadapi segala kemungkinan.


Aku beritahu mak. Sudah aku agak, mak memang marah disebabkan kecuaianku. Maafkan Kak Yong Mak, Abah..

Aku senyap sahaja. Ternyata itu adalah kesalahanku. Aku membiarkan dulu kemarahan mak reda sebelum aku memohon maaf kepadanya.


Aku bermuhasabah dengan To'ki.

"Cuba kita tengok, Allah tunjuk cash depan mata kita sebab kita tak dengaq cakap mak, kan? Memang bumper tu boleh dibaiki, duit boleh dicari, tetapi tengok apa yang Allah nak teguq kita. Disebabkan kita tak dengaq cakap mak, kejadian tadi berlaku. Lepas ni, kita jangan buat dah, dengaq cakap mak baik-baik.."


Aku lihat muka To'ki. Dia diam. Aku tau dia rasa bersalah dan kami berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini.


"Tadi aku jumpa Abah kat masjid. Abah tak cakap apa-apa pun. Aku nak mintak maaf tapi takut," To'ki memberitahuku selepas Isya' tadi.

"Takpa, Abah tak marah pun," aku mententeramkan adikku sedangkan aku juga gusar dan tahu ayahku masih marah. Tekadku untuk memohon maaf daripada Mak dan Abah sebelum tidur hari ini.


********



"Wahai Allah, rahmatilah kedua ibu dan ayahku. Ampunilah dosa-dosa aku terhadap mereka. Ampunilah dosa-dosa mereka dan peliharalah mereka sebagaimana mereka telah memeliharaku sewaktu aku masih kecil"

Tidak pernah aku berasa susah,

Tidak pernah aku kelaparan dan kehausan,

Tidak pernah aku meminta-minta daripada orang lain,

Makan pakaiku cukup,

Aku diberi peluang untuk menuntut ilmu,

Aku tidak dikongkong,

Aku bebas untuk melakukan apa yang aku mahu,


Wahai ayah,

Wahai ibu,

Ampunilah dosa anakmu ini,

Aku berusaha untuk menjadi anakmu yang solehah,

Penyejuk mata dan penawar hati kalian,


Tetapi terkadang..

Hati kalian pernah ku guris,

Harapan kalian pernah ku calar,

Nasihat kalian pernah ku abaikan,


Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..

Sungguh, kalian adalah ibu dan ayah terbaik buatku dan adik-adik,

Tidak pernah kalian membiarkan kami di dalam kesusahan,

Ampunkan dosa-dosa kami,

Ayah dan ibu..


Wahai Allah,

Aku serahkan ibu dan ayahku di bawah pemeliharaanmu,

Aku bersyukur kerana mereka telah membesarkanku dengan Iman dan Islam,

Rahmatilah mereka,

Kasihilah mereka,

Jagailah mereka,

Kerana hanya Engkau Ya Allah,

Yang layak mengganjar segala jasa dan amal bakti mereka..

kepada kami; anak-anak mereka..

No comments:

;