Friday, January 2, 2009

Tahun Baru, segalanya juga baru?


1 Muharram 1430H
Masya-Allah, dah beralih ke tahun baru rupanya..usia makin meningkat, ajal semakin mendekat..
1 Muharram kali ini melakar satu sejarah penting dalam hidupku. Aku menginsafi dengan usia yang makin meningkat ini, bertambah juga tanggungjawab dan amanahku. Hidup harus ada PERUBAHAN! Takkan kita ingin berada pada takuk yang lama?

Hijrah

Aku maklum kita semua sering sangat mendengar ceramah atau kuliah daripada ustaz-ustaz kita yang arif yang membicarakan erti Hijrah, ibrah dan teladan di sebalik peristiwa bersejarah ini setiap tahun. Mendengar dan mendengar..bagaimana dengan penghayatan dan implementasinya? Tepuk dada tanya iman!

Tahun Baru 2009

Pertamanya, Eid Milad Sa'idah buat adikku yang dikasihi, Sakinah Yaakob yang menyambut hari lahirnya ke-20 kelmarin (1 Jan). Semoga sukses selalu Nienah dan sentiasa di bawah redha-Nya!
Aku kira pada tahun baru ini masing-masing telah punya azam dan tekad masing-masing untuk terus islah dan perbaiki ke arah yang lebih baik. Insya-Allah moga-moga azam dan tekad kalian sentiasa diiringi redha Allah. ALLAHU GHAYATUNA!

Ghaza

Umat Islam sekali lagi dikejutkan dengan keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin di Ghaza! Israel enggan memanjangkan tempoh genjatan senjata sekali pun diminta oleh PBB untuk berbuat demikian. Sungguh, mereka itu tidak akan dan tidak sesekali membiarkan kita (umat Islam) terus hidup aman. La ilaha illallah, Allahu Akbar! Apa yang dapat kita bantu saudara-saudara kita di Ghaza? Ayuh sahabat-sahabat sekalian! Perhebatkan doa, qunut Nazilah, berdoalah dengan penuh khusyuk dan tawadhuk kepada-Nya..
Apa yang kita ada untuk bantu mereka? Senjata? Wang ringgit? Mereka tidak mahu itu sahabat..mereka mahu DOA kita!

"Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin, di Afghanistan, dan di mana sahaja mereka berada Ya Allah.."

Kepimpinan "Leadership is about sacrifice"-Kak Fas. Mungkin aku tidak tahu siapakah yang mengungkapkan term itu tetapi itu yang aku ingat daripada seorang seniorku yang aku kira beliau telah pun grad daripada UIAM Gombak. Syukran kak! Aku cuba memahami term leadership dan sacrifice. Benar, kepimpinan itu adalah tentang pengorbanan. Seorang bapa berkorban dengan memerah keringatnya mencari nafkah buat keluarga. Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya. Seorang guru berkorban masa dan tenaga demi untuk melihat kejayaan anak muridnya. Seorang ketua negara berkorban masa, harta dan tenaga untuk rakyatnya, untuk negaranya. Konteks kepemimpinan amat luas dan pada akhirnya kita akan temui kepimpinan yang terbaik adalah kepimpinan Nabi kita yang kita cintai, Muhammad s.a.w. Sering kita mendengar apabila amanah kepimpinan ini diberikan kepada kita atau sesiapa sahaja, akan ada yang menolak-diri ini tidak layak, masih ada orang lain yang layak dsb. Benar, kita tidak layak, tetapi adakah selamanya kita tidak layak? Menjadi ketua kepada diri sendiri juga sudah bergelar seorang pemimpin. Yakinlah, Allah tidak akan meletakkan suatu tugas atau bebanan itu melebihi kemampuan kita. Yakinlah akan potensi diri kita dan dari semasa ke semasa cuba bina kepimpinan di dalam diri. Bekerjalah sekadar kemampuan kita dan bekerjalah seolah-olah kita DIBAYAR untuk itu.. Leadership is about sacrifice..

Ya Allah, aku sangat berhajat kepada-Mu..Aku memohon kekuatan daripada-Mu dalam setiap urusanku..Perjalananku masih jauh dan panjang dengan izin usia yang diberikan oleh-Mu..Aku perlu kuat untuk agama-Mu dan aku ingin kuat kerana-Mu.. Bantulah hamba-Mu yang sangat lemah ini Ya Allah..

No comments:

;