“Anak usrah saya dah tak nak datang usrah la, macam mana ye? Tak bagus ke penyampaian saya dalam usrah?” si A mengadu.
“Cuba tengok approach atau pendekatan awak. Macam mana awak menarik hati anak-anak usrah awak.” Sahabat A, si B cuba memberi ‘jalan keluar’.
“Selalunya dalam usrah saya, saya akan sampaikan tajuk saya pada minggu tersebut. Ada masanya saya bercerita dan kadang-kadang saya selitkan juga isu-isu semasa. Saya rasa ok dah penyampaian saya ni.” Si A berpuas hati dengan penjelasannya.
“Anak-anak usrah awak mendengar dengan baik? Mereka bercakap tak? Atau bertanya soalan?” si B cuba mencungkil suasana usrah si A.
“Em, nampak diorang macam faham je..mengangguk dan sesekali mengiyakan apa yang saya sampaikan. Kadang-kadang diorang tanya juga soalan tapi sangat jarang.” beritahu A.
“Oh,begitu. Saya rasa mungkin awak boleh ubah sikit cara pendekatan awak. “ si B memberi pendapat.
“Ubah pendekatan? Macam mana tu?” A melontarkan rasa ingin tahunya.
“Sahabatku, dalam usaha kita untuk menyebarkan Islam (mengadakan usrah), kita perlu ingat bahawa kita ‘bermain’ dengan hati manusia. Hati manusia ini tidak sama dan kita juga tak dapat menjangkakan apa yang terdetik di hati mereka. Oleh itu, amat penting kita menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka terlebih dahulu sebelum kita menyuntik dan mengisi mereka dengan ruh Islam.” Panjang lebar B berhujah.
“Oh, begitu. Macam susah je..mampukah saya buat semua tu?” A semacam meragui dan tidak yakin pendekatan itu akan berhasil.
“Insya-Allah boleh sahabatku. Bukankah Nabi kita juga mengambil pendekatan seumpama itu? Baginda menjalinkan hubungan baik dengan orang-orang Quraisy tanpa mengira latar belakang dan kedudukan. Kemudian, baginda menjalankan usrah dengan dimulakan terhadap orang-orang yang paling dekat dengan baginda.” B sangat optimis dengan penjelasannya.
“Betul kata awak, tetapi saya masih rasa susah. Saya ni kurang sabar sikit orangnya apatah lagi dengan orang yang saya tak begitu kenal.” A meluahkan kekurangan dirinya.
“Tak mengapa sahabat. Awak boleh ubah sikap awak. Jika kita bermatlamatkan Allah sebagai tujuan kita, insya-Allah kita pasti akan berusaha kea rah itu,kan? Bagaimana kalau awak memulakan dengan menghantar mesej seperti kata-kata semangat kepada anak-anak usrah awak? Awak selalu bertanya khabar mereka, mendengar masalah mereka dan berkongsi pengalaman awak dengan mereka. Awak boleh juga membawa buah tangan setiap kali berusrah dengan mereka. Mereka akan rasa dihargai dan disayangi sahabatku.” B terus memberi nasihat dan perangsang kepada A.
A termenung sejenak. Mungkin memikirkan pandangan dan buah fikiran B.
“Alhamdulillah, terima kasih sahabat. Benar juga kata-kata awak. Mungkin selama ini saya merasakan cara saya adalah yang terbaik. Tetapi sebenarnya ‘eksperimen’ saya masih gagal. Terima kasih atas perkongsian ini ye. Saya melihat bahawa perlunya seorang da’i berfikiran kreatif dan kritis semata-mata untuk menarik hati mad’u. Insya-Allah saya akan cuba praktikkan.” A begitu optimis untuk mengubah pendekatan dakwahnya, seolah-olah dia telah menemui sinar dalam jalan dakwahnya.
“Eksperimen awak tidak gagal, tetapi kurang keberhasilannya. Awak benar sahabat, da’i ibarat seorang saintis. Da’i melakukan eksperimen terhadap mad’unya. Terkadang formulanya tidak tepat maka hasilnya kurang memuaskan. Tetapi da’i itu tidak berputus asa malah lebih kuat iltizamnya untuk mencuba formula baru agar eksperimennya membuahkan hasil yang tepat dan memuaskan. Terkadang berkali-kali eksperimennya tidak berhasil. Da’i tetap tidak berputus asa, seolah-olah tiada perkataan ‘putus asa’ dalam kamus hidupnya.” B menambah dan menyemarakkan lagi semangat untuk berdakwah kepada A.
“Setelah saya berkongsi masalah saya ini, saya rasa sangat tenang sahabat. Alhamdulillah, terima kasih ye sahabat. Allah amat kasih kepada kita tetapi kita ini yang sering tidak nampak kasih sayang Allah. Saya berazam untuk menjadi da’i yang terbaik. Saya ingin kuat untuk Allah dan untuk agama-Nya.” Azam A dengan iringan doa agar diberikan kekuatan oleh-Nya.
“Insya-Allah, moga-moga taufiq dan hidayah sentiasa dilimpahkan ke atas kita semua,” B turut berdoa.
Mungkin dialog di atas pernah dituturkan dalam kalangan kita yang bergelar da’i. Mungkin juga terdapat dilema-dilema lain yang dialami oleh para da’i di luar sana. Hakikatnya ketahuilah oleh kalian, wahai para da’iàkalian membawa dan memikul tugas mulia, kalian menyambung tugas para Nabi dan kalian adalah pewaris risalah kebenaran ini. Berbanggalah kalian kerana kalian merupakan insan-insan pilihan Allah. Jadilah kalian ‘hudhurul mu’athir’ walau di mana jua kalian berada. Dan ingatlah kata-kata Hassan al-Hudhaibi, pemimpin Ikhwanul Muslimin selepas Imam Hassan al-Banna;

“Tegakkan Daulah Islamiyyah di hatimu sebelum engkau menegakkannya di atas bumimu,”
No comments:
Post a Comment