Tuesday, March 24, 2009

Aku Harus Kuat

Tidak tahu kenapa akhir-akhir ini hatiku selalu sahaja rasa kosong, rasa sedih..gagal menjadi hamba Allah yang baik, sahabat yang baik, rakan yang banyak membantu, kakak yang pengasih, pelajar yang itqan..


Allah..ampunkan aku..


Tidak tahu di mana mahu ku tumpahkan rasa gundah gulana hatiku ini melainkan hanya kepada-Mu. Rasa malu yang sangat menebal kepada-Mu Ya Allah..


"Wala tahinu wala tahzanu wa antumul a'launa inkuntum mu'minin."


Aku sedar itu, malah aku sangat yakin akan firman-Nya.


Wahai Allah, amat besar sekali kasih sayang-Mu kepadaku.. Walau aku tidak menjadi hamba-Mu yang baik dan solehah, Engkau masih lagi mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepadaku. Tidak pernah Engkau membiarkan aku berada di dalam kesempitan dan kesusahan. Tidak pernah Engkau membiarkan aku hidup di dalam kepayahan dan keuzuran..


Tetapi aku..masih gagal untuk menyerahkan sepenuh JIWA RAGAku kepada-Mu. Adakah Engkau menerima segala amalku selama ini Ya Tuhan? Di dalam sujudku, di dalam doaku, aku memohon keampunan kepada-Mu Ya Allah..


Allah, aku ingin kuat untuk agama-Mu, aku ingin kuat kerana-Mu..
Biarlah sekuat mana ujian dunia ini melanda kehidupanku, aku telah berjanji kepada-Mu untuk terus setia dan cinta kepada-Mu kerana aku yakin dengan sepenuh jiwa ragaku bahawa Engkau pasti akan membantu aku..


Wahai Allah, inilah jalan yang aku pilih dan aku sekali-kali tidak akan berundur dari langkahku ini..
Inilah jalan yang mulia, jalan yang dirintis oleh kekasih-Mu..


Sesungguhnya aku tahu jalan ini bukanlah jalan yang mudah, jalan ini jalan yang berliku-liku tetapi matlamatnya adalah PASTI! -mengembalikan agama-Mu Ya Allah-


Aku tiada alasan untuk diberikan kepada-Mu. Engkau telah menunjukkan jalan menuju-Mu, tiada sebab bagiku untuk tidak mengikuti jalan ini..Dari itu Ya Allah, aku mohon dan aku merayu kepada-Mu, kurniakanlah aku sedikit kekuatan untuk aku terus berdiri menyempurnakan agama-Mu walau tersangat sedikit sumbangan yang dapat aku persembahkan kepada agama-Mu..terima kasih Allah..


Tidak aku lupa, Engkau berkatilah sahabat-sahabatku dan mereka-mereka yang sering bersama-samaku di dalam senang dan susah dalam menelusuri jalan-Mu ini..ingin sekali aku menjadi jiran mereka di dalam syurga-Mu Ya Allah..


Allah..ampunilah aku dan redhailah kehidupanku..

No comments:

;