Thursday, March 19, 2009

Ujian Demi Ujian


"Macam mana nak buat ni? Ya Allah, susahnya!"

"Tak tau nak lalui hidup ni lagi, macam takde arah dah.."

"Betul, kalau bangun pagi, dah takde rasa semangat, biar je hari tu berlalu.."

Inilah antara keluhan-keluhan kita saban hari. Cepat sangat merungut dan mengeluh. Tidak dinafikan kadang-kadang kita rasa sangat depress, dengan assignment yang bertimbun, quizzes, exam, practical placement yang tak confirm, workload yang banyak bagi final year student yang tengah praktikal dan macam-macam lagi. Allahu Rabbi..

Terkadang rasa masa ni tak cukup. "Al-Wajibat Aksaru Minal Awqat" kata Imam Hassan al-Banna. Rasa letih, lesu, tak bermaya, tak bersemangat dan macam-macam 'tak' lagi yang maksudnya mengundang kepada negative! Di mana masa rehat kita?

Bagi orang yang berjuang, tiada istilah REHAT dalam kamus hidupnya. Rehat dia di dalam kubur, di dalam taman-taman syurga. Allahu Akbar, nak jadi seorang PEJUANG tidak senang dan tidak mudah. Perlu MUJAHADAH, perlu ISTIQAMAH, perlu TADHIYAH, perlu ITQAN, perlu TAQWA..

Aku semakin merasai jauhnya aku dengan Tuhan. Leka dengan urusan dunia, sibuk memikirkan kerja yang tak habis-habis. Mengapakah begitu? Walhal segala-galanya datang dari Dia. terkadang aku rasa khusyukku hilang, tumpuanku dalam tadabbur ayat-Nya juga suram, zikirku tidak rancak...Allah..Allah..Allah..ampunkan aku..

Dalam melalui perjalanan yang sementara ini, kita pasti akan berhadapan dengan ujian dan dugaan dari Dia. Terkadang kita tersungkur tetapi kita dapat bangun balik dengan bantuan Tuhan. Kita tak sedar pun kasih sayang Allah itu dalam setiap nadi dan dalam setiap saat hidup kita. Bila dalam keadaan pressure dengan kerja yang tak siap, tiba-tiba Allah memudahkan urusan kita yang lain. Ya Allah, hebatnya Engkau!

Apabila difikirkan sedalam-dalamnya, what is the purpose untuk kita merungut dan berkeluh kesah? Sedangkan nikmat Dia sentiasa tercurah ke atas kita. Allah beri nikmat yang paling besar, nikmat Iman dan Islam, nikmat sihat tubuh badan, nikmat kecerdikan akal, nikmat faham Islam, dan tak terucap banyaknya nikmat Tuhan.


Tetapi kita? Masih lagi mengeluh, masih lagi merungut, masih lagi tertekan. Betul, kita adalah manusia yang tidak dapat lari dengan perasaan-perasaan macam tu..tetapi dengan iman dan akal yang dikurniakan Tuhan, kita tentunya boleh berfikir dengan rasional dan cepat-cepat kembali kepada Dia. At the end, we are going back to Him!

Perjalanan kita masih jauh dan panjang, jika diberikan usia oleh Tuhan, insya-Allah. Aku pasti setiap dari kita ada Kisah dan Cerita Kehidupan masing-masing yang rahsianya hanya Allah lebih mengetahui. Unik dan cantiknya jalan cerita kita ni sehinggakan kita tak pernah terfikir dan terlintas pun. "Qaalu bala syahidna!" Sesungguhnya kami menyaksikan. Itu lafaz janji kita kepada Tuhan kita, Allah. Kita menyaksikan bahawa Allah sahaja satu-satunya Tuhan kita.

Hidup dan matiku hanya untuk Allah dan semoga pelayaranku di dunia yang fana ini berakhir di negeri yang abadi dengan menerima keredhaan dan keampunan dari Allah..




Semoga mati syahid adalah dambaan kita..
Wallahua'lam.

No comments:

;