Wednesday, March 11, 2009

Muslimat POWER, POWER, POWER!


Alhamdulillah aku diberi keizinan bersama beberapa orang sahabat seperjuangan untuk turut serta berada di STIGMA pada 8 Mac lalu. Simposium Tindakan Gerakan Muslimat Muda yang dianjurkan oleh HELWANI GAMIS ini ku kira satu momentum kebangkitan muslimat muda yang dikepalai oleh Ustazah Rafidahjannah. Tahniah kak!

Seruan kebangkitan muslimat ini telah lama diwar-warkan ke seluruh kampus dan akhirnya bilangan yang hadir adalah lebih kurang 150 orang dari pelbagai IPTA dan IPTS. Mungkin yang tidak hadir mempunyai masyaqqah tersendiri. Aku kagum sendiri dengan barisan kepimpinan HELWANI kali ini. Ku kira kakak-kakak dan sahabat-sahabat HELWANI ini tidak tidur lena dalam merancang dan merealisasikan agenda kebangkitan muslimat muda ini. Tahniah diucapkan!

Saat Saudari Rafidah membentangkan Kertas Kerja Halatuju Gerakan Muslimat Muda ini dengan penjenamaan baru menggunakan nama SIGMA (Serikandi Gerakan Muslimat Muda), dapat ku lihat riak kesungguhan dan kekentalan jiwa beliau. Suara beliau yang penuh semangat turut membakar jiwa-jiwa muslimat yang hadir. Seperti aku menyaksikan inilah serikandi-serikandi Islam yang lahir di tengah-tengah kelompok manusia yang semakin melupakan Islam dalam hidup mereka.



SIGMA. Aku suka nama baru ini. Kerana apa? Apabila disebut SIGMA, bagi pelajar jurusan Sains Matematik sepertiku akan terbayangkan simbol 'sigma' yang bermaksud 'standard deviation' =). Aku tersenyum sendiri apabila Saudari Rafidah mengumumkan nama SIGMA sebagai rebranding kepada HELWANI. Hm, bertambah semangatku untuk meneruskan perjuangan dalam bidangku ini.

Masa amat pantas berlalu. Tiba waktu untuk kami pulang. Bersalaman dengan Ummi Fidah, aku membisikkan tahniah kepada beliau. Ummi Fidah tersenyum. Beliau menceritakan kepadaku, semasa beliau mengemas bilik penginapan untuk peserta yang bakal hadir, beliau terpandangkan jam dinding di dalam bilik tersebut. Terlihat jenama jam itu, 'SIGMA' !

Terdetik di hatiku seolah-olah Allah merestui ijtihad beliau dan sahabat-sahabat HELWANI dalam melakukan rebranding SIGMA yang insya-Allah merupakan satu langkah yang bijak dan berani bagi gerakan muslimat muda. Aku optimis!

Sekali lagi TAHNIAH aku ucapkan kepada barisan kepimpinan SIGMA yang berani melakukan perubahan dan berani mencetuskan momentum kepada semua mahasiswi yang hadir. Ikhlasnya, aku kagum dengan semangat dan kekentalan jiwa mereka. Mereka telah menunjukkan contoh TERBAIK kepada mahasiswi di seluruh Malaysia khasnya. Bagaimana dengan kita?

Insya-Allah TERBAIK!


Muslimat; POWER, POWER, POWER!

No comments:

;