
Pada satu hari, rakan-rakan dari Pattani tidak datang ke kelas, kesemua mereka tidak datang. Ketidak hadiran mereka mengundang persoalan kepada Ust Hasrizal dan rakan-rakan dari Malaysia. Terus sebaik sahaja tamat kelas pada hari itu, salah seorang rakan Ustaz pergi menziarahi mereka.
Perkhabaran dibawa pulang. Tidak sabar menunggu berita sebab ketidak hadiran sahabat-sahabat Pattani hari ini. Selepas meneguk sedikit 'syai', rakan Ustaz memberitahu bahawa mereka tiada wang untuk membayar tambang bas. Ustaz menyoal takkan tambang bas yang murah pun tidak mampu untuk mereka bayar? Ya, jawab rakan Ustaz. Tahu tak apa yang mereka makan? Roti keras dengan bawang cicah garam!
Allahu Rabbi! Pengajaran yang cukup besar yang dapat ku ambil dari kisah Ustaz Hasrizal ini. Reflect kepada kita sebagai pelajar yang menuntut ilmu Allah. Kadang-kadang kelas pun malas nak pergi, pelbagai alasan diberikan..tak larat, penat, malas, mengantuk dan macam-macam lagi. Dalam kelas pulak, tak bagi tumpuan pun, sibuk ber'sms', sembang-sembang di belakang kelas walhal pensyarah mengajar di hadapan. Di mana ADAB kita dalam menuntut ilmu?
Sangat berbeza sikap kita dengan rakan-rakan Pattani tadi. Sangat berbeza sikap kita dengan para imam dan ulama' dalam menuntut ilmu. Kita masih tidak menghayati erti menuntut ilmu yang sebenarnya. Sedangkan jika kita tahu, amat besar nilaian orang yang menuntut ilmu ini sehinggakan Allah memudahkan jalan orang yang menuntut ilmu ke syurga-Nya, Subhanallah!
Pesan pada diri:
> Leburkan diri, dissolve yourself dalam mujahadah menuntut ilmu
>Ukuran kita sebagai orang Islam yang berilmu amat tinggi 'value'nya berbanding orang Islam yang tidak berilmu
>Usahakan untuk mendapatkan yang TERBAIK dalam peperiksaan dan any academic matters
>ITQAN!
>Kerana kita adalah PEJUANG yang tidak akan kalah dengan ujian dunia, kerana kita adalah HAMBA-NYA yang tidak diciptakan dengan sia-sia..

So, dissolve yourself in any situation that you face! Insya-Allah, anda akan menjadi orang yang kuat dalam mendepani mehnah dan cabaran yang sentiasa mendatangi kehidupan kita..

No comments:
Post a Comment