Saturday, March 7, 2009

STIGMA 09

Encrypt from: rafidahjannah.blogspot.com
"Andai aku diberi setahun untuk memacu gerakan muslimat, akan ku gunakan 6 bulan pertama untuk mengasah mindaku bagi merangka halatuju yang jelas Gerakan Muslimat Muda GAMIS".
-rafidahjannah-

Mengambil semangat dari kenyataan "sharpen the saw" Abraham Lincoln yang diberikan 9 jam untuk menebang pokok-pokok, dan beliau menggunakan 6 jam pertama hanya untuk mengasah kapaknya.

Begitu juga dengan pendekatan Bill Gates dalam memajukan Microsoft yang akan menggunakan seminggu pada sesuatu masa hanya untuk membaca semula lebih 100 kertas kerja stafnya yang berkaitan isu-isu syarikat dan dokumen-dokumen post mortem untuk tujuan beliau memikirkan teknologi seterusnya pada masa hadapan.

Dengan semangat itu juga, HELWANI Gerakan Muslimat Muda (GMMU) Gamis akan mengadakan Simposium Tindakan Gerakan Muslimat Muda (STIGMA) pada :

Tarikh : 7-8 Mac
Tempat : Cheras

Agenda :
1. Pembentangan Kertas Kerja Halatuju Gerakan Muslimat Muda
2. Perlancaran Gerakan Muslimat Muda (GMMU)
3. Forum Peranan Gerakan Muslimat Muda
4. Bengkel kemahiran MP3
5. Bicara Tokoh-tokoh Muslimat

Ana mewakili MT Helwani Gamis yang lain menyeru kepada semua muslimat kampus untuk sama-sama hadir ke program ini bagi mematangkan lagi perbincangan dalam memantapkan Gerakan Muslimat Muda ini.
p/s: Anda mahu menjadi HEBAT? Jom ke STIGMA!

No comments:

;